PENGUNJUNG SETIA

07 Februari 2011

GILIRAN PERKASA BANTU MANGSA

LEDANG 6 Feb. - Bagi meringankan beban mangsa banjir, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menghulurkan bantuan barangan keperluan kepada mereka yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir di sini hari ini.

Pelbagai barangan antaranya beras, minyak masak, gula, susu, sardin, mi segera dan pakaian yang bernilai lebih RM10,000 disumbangkan ahli-ahli Perkasa Daerah Klang, Selangor.

Rombongan kira-kira 38 ahli Perkasa yang diketuai Ahli Dewan Tertinggi Perkasa merangkap Pengerusi Perkasa Daerah Klang, Abu Bakar Yahaya tiba di pusat pemindahan sementara itu pada pukul 1 petang.

Turut meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat tersebut ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Ledang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abu Bakar memberitahu, sumbangan tersebut disalurkan berikutan permintaan Pengerusi Pertubuhan Skuad Penyelamat Malaysia, Mohd. Ismail Hamdan.

"Ekoran permintaan itu, saya meminta ahli-ahli Perkasa Daerah Klang menggerakkan usaha mengumpulkan sumbangan daripada lebih 5,500 ahli kami di sana.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 7 FEBRUARI 2011

Tiada ulasan: