TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

08 Februari 2011

BAYI LEMAS PADA HARI JADI PERTAMA

Oleh Hai Rozzaman Jalal
bhjb@bharian.com.my


MAYAT Mohamad Azry Shah (gambar kecil) ditemui di dalam tangki air PVC yang terletak di luar rumah keluarganya di Bukit Gambir, kelmarin.
MAYAT Mohamad Azry Shah (gambar kecil) ditemui di dalam tangki air PVC yang terletak di luar rumah keluarganya di Bukit Gambir, kelmarin.

Mangsa merangkak keluar rumah tanpa disedari keluarga terjatuh dalam tangki air

LEDANG: Seorang bayi berusia setahun yang baru belajar merangkak ditemui lemas, selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki air PVC di rumahnya di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Mohamad Azry Shah Kamaronzaman dikatakan merangkak keluar melalui pintu dapur mengikut abangnya yang keluar bermain di luar rumah.

Bapa mangsa, Kamaronzaman Samah, 41, berkata, ketika kejadian beliau berada di tempat kerjanya di Seri Melaka, Sengkang, dekat sini dan bergegas pulang apabila diberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya.

Katanya, ketika kejadian, isterinya, Norezan Wok, 37, berada di ruang tamu rumah dan anaknya itu mungkin mengikut abangnya, Mohamad Faizul Shah, 9, keluar dari pintu dapur yang terbuka.

“Menyedari Azry tiada di dalam rumah, isteri saya bergegas keluar mencarinya sebelum menemuinya sudah tidak bernyawa di dalam tangki air berukuran 40 sentimeter (sm) tinggi dan ukur lilit 121 sm di luar rumah kami.

“Sejurus selepas kejadian, Azry dikejarkan ke klinik berhampiran oleh bapa saudaranya tetapi disahkan sudah meninggal dunia, ” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Kamaronzaman berkata, beliau tidak menyangka kejadian buruk itu menimpa anak kelimanya itu apatah lagi ia hari ulang tahun kelahirannya yang pertama, namun beliau tetap reda dengan apa yang berlaku.

Bapa saudara mangsa, Mohd Safie Samah, 37, berkata tangki itu berisi air disimpan untuk kegunaan harian berikutan bekalan air paip kerap terputus sejak beberapa hari lalu akibat banjir.

Katanya, mangsa mungkin memanjat baldi diletakkan berhampiran tangki itu lalu terjatuh ke dalamnya.
SUMBER: BERITA HARIAN, 08 FEBRUARI 2011

Tiada ulasan: