PENGUNJUNG SETIA

06 Februari 2011

PENGASUH REDAH BANJIR SELAMAT BAYI


Oleh Sharifah Zulaikha Syed Amali

LEDANG: Demi menyelamatkan bayi berusia 10 bulan, seorang pengasuh sanggup mempertaruhkan nyawa dengan meredah banjir sedalam 1.5 meter ketika rumahnya di Kampung Parit Pajar, di sini, dinaiki air.

Rozanna Salleh, 45, berkata dia nekad mengharungi banjir kira-kira 200 meter untuk menyelamatkan diri serta bayi dijaganya berikutan paras air meningkat mendadak.

"Saya bimbang melihat paras air meningkat pantas hingga ke paha berikutan sungai melimpah dan menyebabkan banjir kilat.

"Memandangkan bantuan lambat tiba, saya memberanikan diri meredah banjir sambil mendukung Mohd Afiq Helmi," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Tanjung Gading, Kesang, di sini.

Menurut Rozanna, dia bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri bersama bayi yang diasuh.

SUMBER: METRO AHAD, 06 FEBRUARI 2011

Tiada ulasan: