TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

03 Februari 2011

JUITA PRIHATIN, HULUR SUMBANGAN


Memperuntukkan RM500,000 bagi bantu mangsa banjir di Johor

LEDANG - Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita) terus realistik apabila memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi membantu seramai 43,000 mangsa banjir yang di tempatkan di 232 pusat pemindahan banjir seluruh negeri Johor.

Yang Dipertuanya, Datin Paduka Profesor Dr Jamilah Arifin berkata, bantuan tersebut sebagai simbolik atas keprihatinan Juita kepada semua mangsa banjir di Johor.

Menurutnya, beliau mengarahkan semua ahli Juita supaya turun padang membantu meringankan beban kerajaan menerusi bantuan yang disampaikan kepada mangsa banjir.

“Bantuan yang diberikan merupakan bantuan-bantuan yang tidak diberikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Jadi kami mengambil peranan ini untuk menyediakan barangan bagi memperlengkapkan keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Penghulu Abdullah, Sungai Mati, Ledang, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini ahli Juita telah pergi melawat tempat-tempat yang dilanda banjir dan melihat sendiri keadaan banjir di setiap lokasi.

“Setiap ketua mangsa banjir di pusat pemindahan banjir kami peruntukkan barangan-barangan makanan sekurang-kurangnya bernilai RM25 setiap seorang mangsa banjir.

“Pada hari ini kami memberikan bantuan seperti tuala mandi, biskut, milo, kain pelekat dan kain batik yang mana pemberian ini mengikut keperluan mereka,” katanya.

Jamilah berkata, semalam (kelmarin) di Segamat dimaklumkan mangsa banjir kekurangan tikar dan selimut. Jadi ahli-ahli Juita memberikan selimut dan tikar kepada mereka.

“Saya sebagai YDP Juita mengambil langkah proaktif dengan menyediakan satu tabung bagi membolehkan ahli-ahli korporat tampil memberi derma menderma kepada tabung ini.

“Di daerah Ledang ini, Juita memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM55,000 untuk memberi bantuan mangsa banjir kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Serom, DUN Gambir, DUN Tangkak dan satu Parlimen Ledang,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 3 FEBRUARI 2011

Tiada ulasan: