PENGUNJUNG SETIA

02 Oktober 2011

24 TAHUN TERNYATA BERI KEPUASAN

LEDANG – Selama 34 tahun menjadi pendidik nyata telah memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan kepada bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kasan, Radiah Ali apabila melihat anak didik menjadi insan berguna dan berjaya dalam pelajaran.

Bagaimanapun, kerjaya yang diminatinya itu terpaksa dilepaskan apabila bersara wajib daripada perkhidmatan perguruan disertainya sejak tahun 1977, baru-baru ini.

Hanya suasana sebak dan hiba dirasakan ketika diraikan pada majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih oleh warga sekolah di saat perpisahan dan hari terakhir berkhidmat di sekolah tersebut.

Radiah berkata, dalam tempoh 22 tahun berkhidmat di sekolah itu telah memberikan banyak pengalaman pahit manis dalam mendidik anak-anak bangsa menguasai pelajaran untuk kehidupan masa depan mereka.

“Apa yang menarik sepanjang berkhidmat di sekolah itu dia dapat berkhidmat di bawah sembilan Guru Besar iaitu lima lelaki dan empat perempuan.

“Suasana yang baik di sekolah di samping hubungan erat semua pihak khususnya antara guru dan ibu bapa menjadikan saya lebih betah dan selesa berkhidmat di sini,” katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Padil Md Amin; Guru Besar, Nik Fauziah Nik Yusoh dan Guru Penolong Kanan, Mohamad Md Amin.

Katanya, kerjasama yang diberikan membuatkan beliau serasi bekerja, lebih-lebih lagi untuk meningkatkan prestasi sekolah dan kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan kokurikulum.

Sebaik menamatkan kursus di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, beliau memulakan kerjaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar, Kota Tinggi selama tiga tahun.

Anak kelahiran Kampung Tengah, Bakri dan dibesarkan di Felda Pasak, Kota Tinggi itu berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir pada tahun 1980 dan mendidik anak-anak di kawasan itu sehingga tahun 1989.

Pada penghujung 1989, beliau ditukarkan ke SK Parit Kasan dan diberi tanggungjawab mengajar mata pelajaran Sains yang menjadi opsyen ketika mengikuti kursus di maktab dulu.

Ibu kepada lima cahaya mata itu cukup disenangi oleh murid-murid atas sifat keibuan dan mudah mesra walaupun tegas ketika mengajar.

Sementara itu, Guru Besar, Nik Fauziah pula berkata, sumbangan dan jasa Radiah dalam mendidik anak bangsa amat banyak di mana ramai anak muridnya berjaya dalam kehidupan dan mempunyai kerjaya yang baik.

Katanya, profesion perguruan sangat mulia dan ilmu yang disampaikan kepada anak didiknya bakal mendapat ganjaran ALLAH apabila ianya digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 2 OKTOBER 2011

2 ulasan:

noordin berkata...

Asalam. saya anak murid cikgu Radiah pada tahun 1977-1978 beliau telah mengajar saya Pelajaran Sains, dah lama juga tak jumpa cikgu saya noordin

noordin berkata...

email saya noordinsaian1214@gmail.com dan banyak jasa beliau sebagai cikgu pertama beliau mengajar kat air tawar 1 dan pindah at 2, berikan email cikgu , dan cikgu dah bersara dan saya masih berkerja.