PENGUNJUNG SETIA

31 Oktober 2011

PEMUDA MAUT TERCAMPAK

LEDANG: Hasrat seorang pemuda membeli-belah bersama teman wanitanya di bandar Muar pada cuti hujung minggu tidak kesampaian apabila maut selepas terbabit nahas jalan raya di Kilometer 4.8 Jalan Muar-Tangkak di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Mohamad Syawal Rehat, 24, bersama teman wanitanya, Yuslinda Abdullah, 19, dalam perjalanan dari Sungai Mati ke bandar Muar.


Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, Mohamad Syawal yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai cuba memotong beberapa kenderaan di hadapannya, namun gagal sebelum bertembung sebuah lori.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, akibat pertembungan itu, motosikal mangsa diseret kira-kira 15 meter sebelum mereka tercampak di atas jalan raya.


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan.


Teman wanita mangsa pula parah di kepala serta badan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tangkak.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

SUMBER: HARIAN METRO, 31 OKTOBER 2011

Tiada ulasan: