TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

06 Oktober 2011

60 BEKAS PELAJAR MELAYU SMJK PEI HWA BERTEMU



LEDANG: Seramai 60 bekas pelajar Melayu dan tiga orang guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Pei Hwa, dekat Sungai Mati, di sini, menjalin semula hubungan dengan mengadakan pertemuan bekas pelajar bagi tahun 2001 hingga 2005.

Pengerusi program, Azfar Idrus, 23, berkata dengan menyatukan kembali semua pelajar Melayu yang pernah belajar di sekolah itu, mereka dapat menjalin serta mengeratkan kembali ukhuwah selepas lama berpisah.

Katanya, walaupun masing-masing mempunyai komitmen sendiri sama ada meneruskan pembelajaran di institusi pengajian tinggi atau sudah bekerja, namun hubungan itu dapat dikukuhkan lagi menerusi pembabitan dalam persatuan berkenaan.

"Pertemuan ini dapat mengeratkan tali silaturahim antara rakan persekolahan selain mengetahui perkembangan diri masing-masing walaupun tinggal berjauhan.

"Kami rasa bertuah apabila tiga guru yang pernah mengajar kami turut serta dalam pertemuan ini iaitu Sariah Lawani, Latif Tukiran dan Saifulbahri Mohamad, " katanya.

Ahli jawatankuasa program, Ayman Hazim Huzahim, 23, berkata idea untuk menubuhkan alummi itu tercetus dalam perjumpaan pertama beberapa rakan persekolahan yang menyarankan diadakan pertemuan semua bekas pelajar.

SUMBER: BERITA HARIAN JOHOR, 06 OKTOBER 2011

Tiada ulasan: