TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

31 Julai 2012

BUKTI KERAJAAN BAWA KEJAYAAN

LEDANG: Masyarakat Cina di negara ini diminta terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan sedia ada bagi memastikan perpaduan dan keamanan dinikmati sekarang berkekalan sekali gus menjamin masa depan mereka ke arah lebih baik.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, masyarakat Cina perlu memilih dan mengekalkan kerajaan sedia ada yang dapat menjaga masa depan semua kaum dan agama di negara ini.

Beliau berkata, kejayaan kerajaan membawa pembangunan dan keamanan negara sejak 55 tahun lalu terbukti apabila semua kaum dapat menikmatinya termasuk dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, rakyat negara ini boleh menempa kejayaan dalam pelbagai bidang kerana kerajaan membuka seluas-luasnya peluang mendapatkan ilmu di peringkat awal persekolahan hingga ke institusi pengajian tinggi.

"Hanya pelajaran mampu menjadikan seseorang itu insan berjaya. Walaupun ibu bapa hanya bekerja kebun, tetapi anak-anak yang berjaya dalam pelajaran mampu mengubah kehidupan keluarga apabila mempunyai pekerjaan yang baik.

"Kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan untuk rakyat mendapatkan pendidikan dengan membina dan menaik taraf bangunan sekolah bagi memberi keselesaan pelajar mengikuti proses pembelajaran," katanya pada majlis perasmian Program Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) Bersama Komuniti Cina Serom di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Serom 3, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tangkak, Goh Tee Tee; Pegawai Daerah Ledang, Ab Han Ramin dan Pengerusi Lembaga Pengarah SJKC Chung Hwa, Tan Teng Hao.

Pada majlis itu, Abdul Ghani meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membina bangunan baru tiga tingkat menggantikan bangunan lama yang diperbuat daripada papan.

Sementara itu, Tan berkata, wujud kesedaran dalam kalangan kaum Cina mengenai pentingnya pendidikan dalam kehidupan dan dapat menjamin masa depan anak-anak.

Beliau berkata, pendidikan menjadi aset penting untuk anak-anak bagi menjalani kehidupan yang lebih baik apabila berjaya hingga ke peringkat tertinggi.

Menurutnya, pengurusan sekolah berterima kasih kepada kerajaan terutama Menteri Besar yang meluluskan peruntukan bagi membina bangunan baru tiga tingkat membabitkan 15 kelas untuk kegunaan masyarakat Cina Serom.

SUMBER: HARIAN METRO 31 JULAI 2012

30 Julai 2012

PERBUATAN BIADAP

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


TANGKAK: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dan bijak bagi mengelak lukisan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW terus berleluasa hingga menimbulkan keadaan tidak tenteram.

Pengerusi Persatuan Imam Daerah Ledang, Salimin Abdul Ghani berkata, umat Islam perlu mempertahankan maruah Rasullullah, khalifah serta sahabat yang begitu hebat berjuang ketika menyebarkan Islam hingga sekarang ini.

"Saya berasa sangat sedih dan kesal dengan kejadian ini dan tak sangka perkara menghina agama masih boleh berlaku dan membabitkan kalangan orang berpendidikan dan mengajar subjek Sejarah.

"Sebagai pendidik, guru berkenaan sepatutnya menyampaikan ilmu dengan cara yang betul dan bukannya membuat penambahan hingga boleh menimbulkan kemarahan kepada umat Islam.

"Berikutan itu, saya akan memanggil ahli jawatankuasa untuk mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan isu dan membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, pihaknya merasakan mungkin pengurusan pusat tuisyen itu mempunyai motif serta agenda yang tersembunyi di sebalik pengedaran nota sejarah mengandungi karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW itu.

Katanya, pihak berkuasa perlu segera menyiasat kerana ia mungkin boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.

"Saya mewakili Persatuan Imam Daerah Ledang sedih dan kesal dengan penyiaran nota berkenaan.

"Ia ternyata perbuatan melampaui batas kerana tiada agama yang membenarkan penganutnya mencaci agama lain.

"Berikutan itu, persatuan kami mendesak supaya polis menyiasat perkara berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian ini berulang," katanya.

Metro Ahad semalam melaporkan, pengurusan sebuah pusat tuisyen, di sini, menggunakan pelbagai karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas subjek Sejarah yang diajar kepada pelajarnya.

Di dalam nota itu, ada 16 sahabat nabi disamakan dengan karikatur dan mencerminkan perwatakan tidak baik.

Nota untuk pelajar tingkatan empat, bab lima, Kerajaan Islam di Madinah itu memaparkan karikatur 16 sahabat nabi dan paling menyedihkan, watak Zubir Al-Awwam disamakan dengan haiwan berwajah khinzir.

Lebih biadab apabila menantu Rasulullah iaitu Saidina Uthman Affan dihina dengan karikatur yang menggambarkannya sebagai lelaki kaki perempuan serta menghina institusi perkahwinan umat Islam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima satu laporan polis yang dilakukan pihak lain berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, Harun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

SUMBER: HARIAN METRO, 30 JULAI 2012

29 Julai 2012

PUSAT TUISYEN HINA SAHABAT NABI


SULAIMAN menunjukkan karikatur menghina sahabat Nabi yang didakwa digunakan oleh sebuah pusat tuisyen sebagai bahan mengajar di Ledang, Johor semalam.


LEDANG - Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.

"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.
 
SUMBER: KOSMO AHAD, 29 JULAI 2012

GALAK PEMIMPIN MASYARAKAT SERTAI PERBARISAN


LEDANG: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55 peringkat Daerah Ledang bermula Khamis ini.

Pegawai Daerah Ledang, Ab Han Ramin berkata, pelbagai acara menarik disediakan bagi memeriahkan suasana dan menarik penyertaan masyarakat daerah ini.

Ab Han berkata, berbeza tahun sebelum ini, pihaknya merancang menggalakkan penyertaan tiga kelompok utama penduduk Daerah Ledang bagi memeriahkan sambutan.

"Kelompok utama dikategorikan sebagai Pejuang Kemerdekaan iaitu pemimpin masyarakat setiap 85 kampung dalam daerah dijemput bagi menyertai perbarisan pada pagi 31 Ogos ini.

"Semua ini bertepatan dengan konsep 'Rakyat Didahulukan' dan kami mahu pemimpin serta penduduk kampung memeriahkan sambutan kemerdekaan tahun ini, bukannya menyaksikan dari tepi," katanya.

Ab Han berkata, pihaknya menjemput kumpulan Pelaksana Kemerdekaan iaitu kakitangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan berkanun menghadiri perbarisan kemerdekaan bermula pada jam 7.45 pagi.

Selain itu, katanya, kumpulan pewaris kemerdekaan iaitu golongan muda dijemput hadir memeriahkan majlis sambutan.

"Penganjur menjemput 2,000 kanak-kanak daripada Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) seluruh daerah ini dan secara keseluruhannya, kami jangkakan sekurang-kurangnya 3,000 hingga 4,000 peserta akan memeriahkan sambutan kali ini.

"Menerusi sambutan ini, kami mahu orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat menghargai kepentingan kemerdekaan dan berusaha mengekalkannya," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 29 OGOS 2012

KURANG AJAR!

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


TANGKAK: Kurang ajar dan tidak menghormati sensitiviti agama! Itulah dilakukan pengurusan sebuah pusat tuisyen di sini, apabila menggunakan pelbagai karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas subjek Sejarah yang diajar kepada pelajarnya.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, dalam nota itu ada 16 sahabat nabi yang disamakan dengan karikatur dan mencerminkan perwatakan tidak baik.

Katanya, nota tingkatan empat, bab lima, Kerajaan Islam di Madinah memaparkan karikatur 16 sahabat nabi dan paling menyedihkan, watak Zubir Al-Awwam disamakan dengan haiwan berwajah khinzir.

"Lebih biadab apabila menantu Rasulullah iaitu Saidina Uthman Affan dihina dengan karikatur dan digambarkan sebagai lelaki kaki perempuan serta menghina institusi perkahwinan umat Islam.

"Gambaran dilakukan guru sejarah pusat tuisyen itu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam kerana rasa terhina atas perbuatan yang dianggap melampaui batas itu.

"Zubir Al-Awwam antara 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga dan pengiktirafan itu menggambarkan kedudukan tinggi Zubir Al-Awwan di sisi Allah.

"Jadi, adalah tidak wajar sahabat nabi itu digambarkan dengan karikatur haiwan haram berkenaan," katanya ketika ditemui di Pejabat Agama Daerah, di sini, semalam.

Menurutnya, pejabatnya menerima aduan berbentuk nota yang diserahkan oleh seorang lelaki pada 4 Julai lalu.

Katanya, nota itu ditemui di tepi longkang sebuah sekolah menengah di Tangkak oleh pelajar sekolah itu.

"Ia kemudian diserahkan kepada guru agama sekolah berkenaan sebelum diserahkan kepada anggota kami.

"Berikutan penemuan itu, kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang pada 26 Julai lalu dan mahu polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Selain itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas.

Katanya, sebagai pusat tuisyen yang bertanggungjawab, pengurusan premis itu perlu meminta maaf secara terbuka kerana perbuatan itu menyinggung umat Islam negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

SUMBER: METRO AHAD, 29 JULAI 2012

KARIKATUR HINA SAHABAT RASULULLAH


TANGKAK: Sebuah pusat tuisyen di sini, didakwa menggunakan pelbagai karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas bagi mata pelajaran Sejarah diajar kepada pelajar bukan Islam.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, berkata nota Tingkatan Empat, bab lima bertajuk Kerajaan Islam di Madinah memaparkan karikatur 16 sahabat Nabi dan antara paling menyedihkan apabila Zubir AlAwwam disamakan dengan haiwan berwajah babi.

Katanya, menantu Rasulullah iaitu Saidina Uthman Affan turut dihina dengan karikatur seorang kaki perempuan, sekali gus menghina institusi perkahwinan umat Islam.

Gambaran dilakukan guru

"Gambaran dilakukan guru itu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam yang akan turut rasa terhina atas perbuatan melampaui batas itu. Zubir AlAwwam antara 10 sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga, cukup menggambarkan kedudukan tinggi di sisi Allah.

"Memang tidak wajar sahabat Nabi digambarkan dalam karikatur haiwan haram berkenaan," katanya ketika ditemui di Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL), semalam sambil menambah kakitangannya menerima nota itu pada 4 Julai lalu daripada seorang lelaki.

Nota berkenaan sebelum itu dikatakan ditemui seorang pelajar sekolah menengah di bandar ini di tepi longkang sekolah itu sebelum diserahkan kepada guru agamanya. Berikutan itu, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang, Khamis lalu meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.

Perlu diberi amaran keras

Sulaiman menegaskan, pusat tuisyen terbabit perlu diberikan amaran keras dan guru Sejarah berkenaan harus meminta maaf secara terbuka kerana menyinggung perasaan umat Islam.

"Kami bimbang perbuatan tidak bertanggung jawab ini akan menjadi serius. Ini yang kita jumpa, yang kita tidak jumpa mungkin lebih teruk. Saya sangat sedih dan marah kerana tindakan menghina sahabat Nabi sama seperti menghina Rasulullah. Sahabat nabi pejuang Islam bergelar Radhiallahu `anhu yang dijamin syurga," katanya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan.

SUMBER: BH AHAD, 29 JULAI 2012

PUSAT TUISYEN DIDAKWA GUNA KARIKATUR HINA SAHABAT NABI

Wartawan Sinar Harian

Pusat tuisyen didakwa guna karikatur hina sahabat Nabi
Sulaiman
 
TANGKAK – Sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat, yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan baginda.

Nota tersebut didakwa digunakan sebagai bahan rujuan bab Kerajaan Islam di Madinah.

Menurut Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, dalam nota berkenaan, terdapat 16 gambaran sahabat nabi yang dilukis mencerminkan perwatakan tidak baik.

Sulaiman berkata, Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL) telah menerima nota tersebut pada 4 Julai lalu selepas seorang lelaki menyampaikannya kepada salah seorang kakitangan PADL.

“Sebenarnya, nota ini dijumpai seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Tangkak, di tepi longkang sekolahnya.

“Kemudian pelajar itu menyerahkannya kepada guru agama sekolah terbabit, sebelum diserahkan kepada PADL,” katanya.


Menurutnya, berikutan penemuan itu, PADL membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang, 26 Julai lalu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.


Jelas Sulaiman, beliau juga mahu pusat tuisyen terbabit ditutup dan diberikan amaran manakala tenaga pengajar yang terlibat diminta meminta maaf secara terbuka.


“Kami bimbang perbuatan individu tidak bertanggungjawab mempermainkan agama Islam ini akan menjadi bertambah serius. Ini yang kami jumpa, yang kami tidak jumpa mungkin lebih teruk.


“Tindakan menghina sahabat nabi samalah seperti menghina Rasulullah SAW. Mereka adalah pejuang Islam,” katanya kepada Sinar Harian.


Sinar Harian difahamkan, Persatuan Imam-imam Daerah Ledang akan membuat laporan polis.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Namun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan.

SUMBER: SINAR HARIAN, 29 JULAI 2012

28 Julai 2012

SELAMBA PERGI KERJA TUNGGANG MOTOR CURI


LEDANG: Seorang lelaki warga Indonesia bukan saja masuk ke negara ini secara haram kurang sebulan lalu, tetapi turut melakukan jenayah dengan mencuri motosikal jenis Yamaha 100 untuk digunakan ketika bekerja.

Suspek berusia 27 tahun ditahan pada jam 12 tengah hari, 23 Julai lalu didapati mencuri motosikal itu di sekitar Bukit Gambir.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, suspek ditahan di sebuah pondok di kebun sayur di Sengkang.

"Ketika ditahan, suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan dan siasatan mendapati dia baru masuk ke negara ini sebelum mencuri motosikal berkenaan untuk bekerja.

"Kami masih menyiasat sama ada suspek mempunyai rakan jenayah lain atau sebaliknya," katanya.

Dalam kejadian berasingan, tiga remaja berusia 17 tahun turut ditahan kerana terbabit mencuri motosikal di Tanjung Agas dan Sagil, di sini, pada 21 serta 24 Julai lalu.

Dalam tangkapan pertama pada 21 Julai lalu, seorang remaja lelaki dari Kampung Jawa, Segamat ditahan di Batu 27, Jalan Muar-Segamat, Sagil ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan ke atas motosikal Honda EX5 ditunggangnya mendapati nombor enjin dan casisnya sudah dikikis.

"Pemeriksaan turut mendapati suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu. Jentera juga sudah diubahsuai untuk digunakan dalam lumba haram," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 28 JULAI 2012

27 Julai 2012

9,800 KARTON ROKOK RM40,000 DIRAMPAS

LEDANG 26 Julai - Sebanyak 9,800 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM40,000 dirampas hasil penahanan sebuah lori di Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini kelmarin.

Kesemua rokok tersebut yang diisi dalam 119 kotak bagi mengelirukan pihak berkuasa itu dirampas di Kilometer 173.5 arah utara lebuh raya itu kira-kira pukul 3.45 pagi oleh pegawai dan anggota Peronda Lebuh Raya Bukit Aman bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris berkata, dua lelaki ditahan iaitu pemandu berumur 48 tahun dari Taman Desa, Senawang, Negeri Sembilan dan kelindannya berusia 28 tahun dari Taman Jasmine, Senawang.

"Hasil siasatan mendapati rokok berkenaan untuk dihantar ke Lembah Klang. Ini adalah kejayaan rampasan rokok terbesar dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini di Ledang.

"Kedua-dua suspek negatif dadah tetapi kelindan tersebut mempunyai tiga rekod jenayah lampau di Jasin, Melaka, yang semuanya bersangkut dengan kes dadah," katanya pada sidang akhbar di IPD Ledang, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, antara jenama rokok tersebut adalah League dan Mental Ice yang tidak terdapat di pasaran negara ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 1351 (d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, pihaknya menahan tiga remaja berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah kerana menggunakan motosikal curi di dua lokasi di sekitar daerah ini.

Harun berkata, dua suspek ditahan di Taman Wawasan, Tanjung Agas, Sungai Mati, dekat sini kerana menggunakan motosikal curi jenis Honda Wave yang dilaporkan hilang di Muar pada tahun lalu.

Katanya, mereka ditahan pukul 11.15 malam iaitu suspek pertama di rumahnya di taman berkenaan manakala seorang lagi di rumahnya di Taman Mulia, Kesang Laut dan siasatan mendapati kedua-duanya tidak bekerja.

Selepas sidang akhbar itu, Harun memusnahkan 95 unit komputer bernilai kira-kira RM300,000 di pekarangan IPD Ledang yang dirampas kerana digunakan untuk aktiviti perjudian.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 JULAI 2012

9,800 KARTON ROKOK DIRAMPAS

Wartawan Sinar Harian

9,800 karton rokok dirampas
Harun (kiri) menunjukkan rokok tanpa cukai bernilai RM40,000 yang dirampas berikutan penahanan dua lelaki di kilometer 173.5 arah utara Lebuhraya Utara Selatan, 24 Julai lalu.
 
LEDANG– Cubaan dua lelaki untuk mengedar 9,800 karton rokok tanpa cukai gagal apabila mereka ditahan sepasukan anggota peronda lebuh raya Bukit Aman bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, 24 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, rokok bernilai RM100,000 itu dipercayai mahu diedarkan di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, suspek berusia 48 dan 28 tahun terbabit ditahan jam 3.45 pagi di Kilometer 173.5 arah utara Lebuhraya Utara Selatan atas kesalahan membawa lori di lebuh raya dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori itu sarat membawa 196 kotak mengandungi 8,000 karton rokok warna merah dan 1,800 karton rokok warna hijau.

“Suspek bersama barangan rampasan termasuk sebuah lori dibawa ke IPD Ledang untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di IPD Ledang, semalam.

Harun berkata, kedua-dua suspek berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kelindan lori berkenaan berusia 28 tahun dikehendaki polis berkaitan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, pada tahun 2006.

“Ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah dan ditahan reman sehingga hari ini (semalam).

Sementara itu, dalam kes berlainan, anggota peronda lebuh raya Bukit Aman bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, menahan dua lelaki berusia 21 tahun kerana terbabit dalam kegiatan mencuri kereta. Harun berkata, suspek ditahan di Kilometer 172 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kira-kira jam 6.15 pagi, kelmarin.

“Pada mulanya, suspek melarikan diri sehingga memaksa anggota polis mengejar mereka selama kira-kira 10 minit sebelum berjaya ditangkap.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta Proton Waja yang dipandu suspek adalah kereta curi dengan mengikis nombor enjin dan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Katanya, hasil siasatan ke atas salah seorang suspek yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Suspek dan kereta ini akan diserahkan ke IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 27 JULAI 2012

EMPAT LELAKI DITAHAN CURI MOTOSIKAL

Wartawan Sinar Harian

Empat lelaki ditahan curi motosikal
Harun menunjukkan motosikal yang berjaya dirampas polis IPD Ledang.
 
LEDANG – Tiga remaja berusia 17 tahun ditahan sepasukan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang kerana mencuri motosikal dalam kejadian berasingan di Tanjung Agas dan Sagil.

Dalam kejadian 21 Julai lalu, suspek dari Kampung Jawa, Segamat ditahan di Batu 27 Jalan Muar-Segamat, Sagil dekat sini.

Suspek ditahan semasa rondaan yang dibuat oleh pasukan berkenaan kerana didapati menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek mendapati motosikal berkenaan dicuri kerana nombor enjin dan nombor casisnya telah dikikis.

Menurutnya, suspek juga menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dadah.

“Dia ditahan reman sehingga 25 Julai dan dituduh di Mahkamah Majistret hari ini (semalam), serta dikenakan denda sebanyak RM500,” katanya pada sidang media di IPD Ledang, semalam.
 
SUMBER: SINAR HARIAN, 27 JULAI 2012

26 Julai 2012

NIGHT PATROL TO REDUCE CRIME IN BUKIT GAMBIR

night patrol
M. Asojan signing the Rela night patrol programme’s record book as Mohd Al-Rashidy Amran (second from right) dan Ketua Perhubungan RELA Mukim Bukit Gambir, and Bukit Gambir Rela communications cheif Mohd Yasir Mohed (left) look on. Pic by Hai Rozzaman Jalal
A NIGHT patrol programme by 498 Rela members aims to reduce crime  in the residential areas  of Bukit Gambir.

Ledang Rela officer Mohd Al-Rashidy Amran said the public are encouraged to join Rela so that they can help  maintain the peace and prevent crimes in their neighbourhoods.

"The night patrol programme will be expanded to the whole district," he said at the launch of the programme and a security briefing at the Bukit Gambir Rela Operation Centre.

The programme was launched by Bukit Gambir assemblyman M. Asojan.

The briefing was conducted by Ledang Criminal Investigation Department head ASP Azmi Ali.

Asojan said each Rela member needs to have great discipline.

This would mirror the agency's spirit and mindset.

He said  the role and responsibility of Rela members are important in reducing crime and to ensure that peace and security are maintained.

Asojan also presented Rela in Bukit Gambir with RM6,000 to help in the agency's operations and to buy equipment.

SOURCE: NST, STREETS JOHOR, JULY 26, 2012

16 TADIKA SERTAI SUKAN TAJ DAERAH LEDANG 2012

LEDANG: Seramai 208 kanak-kanak dari 16 tadika mengambil bahagian dalam sukan Tadika Agama Johor (TAJ) Daerah Ledang 2012 kali keempat di Padang Awam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Sri Ledang, Bukit Serampang, baru-baru ini.

Setiap pasukan menyertai lima acara iaitu larian baton 50 meter, susun nombor, bawa bola ping pong dalam sudu, bomba kampung dan baling bola.

Pegawai Pendidikan Agama Daerah Ledang, Khalid Ithnin berkata, sukan amat penting bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada kanak-kanak TAJ.

"Kanak-kanak bukan hanya perlu mendapat pendidikan akademik, tetapi juga memerlukan pembangunan mental melalui sukan.

"Peserta bukan saja bersaing di peringkat daerah, malah ke peringkat negeri pada tahun depan," katanya.

Program itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Datuk Tahir Md Taat.

Turut hadir, Penyelia TAJ Johor, Zamri Wagiran; Pengurus Felda Sri Ledang, Md Nasir Md Shah; Ketua Kampung Felda Sri Ledang, Abd Mutalib Md Diah; dan Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Felda Sri Ledang, Ahmad Malan.

Khalid berkata, pertandingan itu bukan hanya tertumpu kepada murid TAJ, tetapi turut membabitkan ibu bapa yang menyertai beberapa kategori disediakan.

Dalam pertandingan itu, TAJ Sekolah Agama (SA), Bukit Gambir muncul juara keseluruhan dan naib johan disandang TAJ SA Lughatil Arabiah, Tangkak, manakala TAJ SA Simpang 5, Pekan menduduki tempat ketiga.

SUMBER: HARIAN METRO, 26 JULAI 2012

25 Julai 2012

RELA BANTU POLIS TANGANI JENAYAH

LEDANG: Seramai 498 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Mukim Bukit Gambir, di sini, terbabit dalam Program Rondaan Malam bagi membantu polis menangani dan mencegah jenayah.

Pegawai Rela Daerah Ledang, Mohd Al-Rashidy Amran berkata, program itu akan diperluaskan di seluruh daerah berkenaan dalam tempoh terdekat.

"Ia program yang mampu memberi manfaat kepada orang ramai. Kami harap kerjasama dengan polis ini dapat dikukuhkan lagi melalui program lain yang akan dirancang.

"Pada masa sama, program ini juga membantu mengurangkan indeks jenayah," katanya pada pelancaran Program Rondaan Malam dan taklimat keselamatan di Pusat Operasi Rela Mukim Bukit Gambir, semalam.

Pelancaran dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gambir, M Asojan, manakala taklimat keselamatan disampaikan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, Asisten Superintendan Azmi Ali.

Turut hadir Ketua Perhubungan Rela Mukim Bukit Gambir, Mohd Yasir Mohed dan penolongnya, Lim Kim Yeow.

Pada masa sama, Al-Rashidy turut berharap lebih ramai anggota masyarakat menyertai Rela.

"Anggota Rela dibayar elaun dan dilindungi insurans ketika bertugas," katanya.

Sementara itu, Asojan berkata, setiap anggota Rela perlu mempunyai jati diri dan disiplin tinggi kerana ia mencerminkan semangat serta sikap sebenar mereka dalam pasukan.

SUMBER: HARIAN METRO, 27 JULAI 2012

TERAP AMALAN BERPANDU AGAMA

Oleh Hai Rozzaman Jalal

LEDANG: Lima bayi menyertai majlis bercukur pada program Pengamalan Modul Keluarga Sakinah anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) Daerah Ledang di Surau Al-Redha, Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir di sini, kelmarin.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Surau Al-Redha dan Umno Cawangan Parit Jarum Darat itu dimulakan dengan perarakan peserta sambil selawat menuju ke surau berkenaan.

Majlis bercukur mengikut modul Keluarga Sakinah itu dilaksanakan Penggerak Keluarga Sakinah Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Mohamad Amin Apah.

Mengikut modul itu, rambut bayi yang dicukur ditimbang dan dinilai dengan harga pasaran emas semasa sebelum wangnya disedekahkan kepada golongan miskin.

Pengerusi Surau Al-Redha, Saad Adnan berkata, selain mencukur rambut bayi, majlis akikah turut diadakan selain penyerahan taklif ibu bapa kepada 23 remaja yang sudah akil baligh.

"Melalui pendekatan mengikut modul Keluarga Sakinah, masyarakat Islam dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan amalan yang betul berpandukan agama bukan mengikut adat yang dilakukan masyarakat terdahulu.

"Masyarakat kampung dapat memahami modul sebenar berkaitan kaedah mencukur rambut bayi di mana sebelum ini mereka mengamalkan adat potong jambul yang bercampur dengan budaya agama lain.

"Amalan mencukur rambut pada hari ketujuh selepas kelahiran sebagaimana terkandung dalam Modul Keluarga Sakinah mempunyai hikmah dari segi kesihatan dan kemasyarakatan," katanya.

Program itu dirasmikan Pegawai Daerah Ledang, Ab Han Ramin dan turut dihadiri Pegawai Tadbir YPKDT Ledang, Aisyah 'Izzaty Mohd Isnin serta Ketua Kampung Parit Haji Idris, Ismail Sitam.

Ab Han dalam ucapannya berkata, Modul Keluarga Sakinah banyak memberi kefahaman kepada masyarakat.

"Modul itu cukup lengkap sebagai panduan umat Islam khasnya ibu bapa dalam membuat persediaan bermula daripada kelahiran bayi, alam kanak-kanak hinggalah ke alam remaja.

"Corak didikan yang betul berteraskan agama perlu diterapkan terhadap anak sejak awal lagi dan Modul Keluarga Sakinah mampu mendidik mereka menjadi generasi pelapis yang berilmu," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 25 JULAI 2012

24 Julai 2012

SAHAM WAKAF JOHOR DIPERKENAL

SITI NOOR SEPEE

Mustapahayuddin menunjukkan laman web skim Saham Wakaf Johor.
Mustapahayuddin menunjukkan laman web skim Saham Wakaf Johor.
 
JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Johor (Maij) memperkenalkan skim Saham Wakaf Johor dalam memberikan kemudahan kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah dan ia bermula dengan RM10 bagi satu unit.

Penolong Pengarah Wakaf, Mustapahayuddin Abdul Halim berkata, skim yang diperkenalkan sejak tahun 1993 itu diakui lebih mudah melalui pelbagai kemudahan pembayaran termasuk bayaran di kaunter Maij atau Proses Pertukaran Kewangan (FPX).

Menurutnya, skim ini diperkenalkan apabila menyedari tidak semua individu yang ingin melaksanakan ibadah mampu mewakafkan tanah atau bangunan, malah melalui sumber kewangan diperoleh ia disalurkan kepada projek saham wakaf.

“Dengan adanya skim saham wakaf ini, seluruh umat Islam tidak kira  miskin atau kaya berpeluang untuk beramal jariah mengikut kemampuan masing-masing.

"Malah ada semasa kita mengadakan ceramah, pelbagai peringkat umur menyertainya termasuk pelajar dan warga emas.

“Projek yang termasuk dalam saham wakaf adalah Wakaf Bangunan Peniagaan di Fortune Point, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusajaya membabitkan kos sebanyak RM1,573,560.

Ia bertujuan memuka peluang perniagaan di Wilayah Pembangunan Iskandar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pihaknya turut menyediakan projek wakaf Mushaf al-Quran melalui skim berkenaan membabitkan kos pembelian RM1,485,000.

Sebanyak 30,000 naskah Mushaf al-Quran akan diperuntukkan, seterusnya diagihkan ke sekolah-sekolah agama di seluruh negeri.

Selain itu, skim berkenaan turut disalurkan kepada wakaf sekolah agama dengan kos dianggarkan RM280 juta untuk membangunkan sebanyak 121 sekolah agama di negeri ini, manakala Wakaf Asrama Pelajar Mesir dengan kos RM6 juta.

“Skim ini bukan sahaja dibuka untuk umat Islam di negeri ini, malah kita pernah menerima wakaf daripada orang bukan Islam, termasuk orang Islam yang tinggal di luar negara seperti Jepun, Brunei dan Singapura.

“Kita mempelawa orang ramai untuk melaksanakan ibadah wakaf khususnya di bulan Ramadan ini, untuk keterangan lanjut sila layari www.e-wakafjohor.gov.my,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 24 JULAI 2012

23 Julai 2012

KEM AKTIF DIDIK BERJAYA BERI KESAN POSITIF KEPADA MURID

Oleh Nas Norziela Nasbah


Kem Aktif Didik 2012 melabuhkan tirainya untuk musim ini dengan penyertaan terakhir murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ledang Tangkak, Johor selepas menjelajah lapan buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Program anjuran BH bersama penaja utama Milo UHT disertai kira-kira 200 pelajar tahun empat dan lima dari sekolah itu yang menyediakan aktiviti seperti bengkel kewartawanan. Bengkel setengah jam itu dikendalikan oleh Pengarang Berita Unit Pendidikan BH, Puan Fadzlena Jafar selain sesi soal jawab dan permainan ringkas iaitu rantaian bola.

Guru Besar Cemerlang, Puan Rosmizan Jamaluddin, berkata pihaknya mengalu-alukan aktiviti ilmiah seperti itu dalam usaha menggalakkan murid untuk terus bergiat aktif dalam sukan dan juga mengetahui satu lagi ilmu baru mengenai profesion kewartawanan.

Beliau berkata, melalui aktiviti sebegini murid akan lebih bersikap terbuka selain mengajak mereka untuk menggunakan peluang sebaik mungkin tidak kira dari segi akademik, kokurikulum atau menanam sikap gemar membaca setiap hari.

"Dengan adanya pendedahan daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan, saya pasti ia dapat membantu murid memperoleh ilmu baru seperti melalui ceramah yang disampaikan oleh Puan Fadzlena," katanya.

Kedatangan kru daripada penaja utama, Milo UHT dan pihak BH turut disambut oleh Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Encik Khalid Husin, GPK Hal Ehwal Murid, Encik Ramdhan Ibrahim, GPK kurikulum, Encik Abd Malek Mohd Yunos dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Encik Khairulhizam Hassan.

Kem Aktif Didik terbaik

Melihat kepada aktiviti yang disediakan cukup meyakinkan pihak sekolah bahawa program ini memberi kesan positif kepada semua peserta yang menyertai Kem Aktif Didik kali ini. "Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan kerana percaya ia dapat membantu perkembangan murid tidak kira melalui ilmu pengetahuan atau kurikulum.

"Program ini juga menggalakkan murid untuk menggunakan akhbar BH sebagai bahan rujukan selain memupuk sikap minat membaca dalam kalangan murid SK Ledang," katanya.

Beliau berkata, BH dan Milo UHT yang bertindak sebagai penaja utama perlu diberi pujian atas usaha menganjurkan Kem Aktif Didik 2012 dalam usaha melahirkan generasi aktif dan cemerlang.

INFO

KEM AKTIF DIDIK 2012

* Penaja: Milo UHT

* Aktiviti:

- Ceramah mengenai kerjaya kewartawanan.

- Sukaneka berkumpulan.

SUMBER: BH 23 JULAI 2012

HIJRAH KOMITED TERUS MAJU

NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN

Mohamad menunjukkan bio seramik yang diperbuat daripada cengkerang laut.
Mohamad menunjukkan bio seramik yang diperbuat daripada cengkerang laut.
 
Pengalaman 19 tahun bekerja di enam syarikat ternama penjual alat penapis air, menjadi sandaran buat Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Toyyibah Network (Hijrah), Mohamad M Said membuka syarikat menjual penapis air keluaran Bumiputera pertama di negara ini.

Bertempat di Jalan Abdul Ghani, Tangkak, Ledang, syarikat Hijrah yang bermula sejak enam tahun lalu, kini berkembang maju dan mempunyai 16 produk penapis air yang diperakui halal daripada Jabatan Agama Islam (Jakim), selain kelulusan Kementerian Kesihatan.

Menggunakan slogan ‘Halal untuk semua’, Hijrah dilihat sebagai penyelesaian masalah kepada pengguna yang mementingkan penggunaan alat penapis air yang halal dan terjamin kebersihannya.

Kajian bersama penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ujian dilakukan terhadap bahan utama dalam pembuatan kartrij bio seramik  iaitu menggunakan cangkerang laut yang kaya dengan magnesium dan kalsium bagi menggantikan tulang haiwan yang disifatkan tidak halal.

Mohamad berkata, penggunaan cangkerang laut sebagai kartrij penapisan air tidak meluas kerana harganya yang agak mahal, berbanding tulang haiwan.

Menurutnya, sebagai syarikat pengeluar penapis air, pihaknya tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bahan tersebut dengan harga yang rendah.

“Sebagai umat Islam, kita wajar mencari dan menggunakan alat penapis air yang mempunyai logo halal.

“Kami akan memastikan kerja-kerja pemasangan alat ini mengikut syariah dengan seluruh ruang pejabat dan kilang akan dipasang dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran bagi memperoleh keberkatan dan mengelakkan sebarang gangguan,” katanya.

Mohamad berkata, produk terkini keluarannya iaitu alat penapis air menggunakan buluh dan tempurung kelapa yang dikenali sebagai Bio Ionize Bamboo.

“Buluh mempunyai banyak keistimewaan kerana kandungan anti oksida yang tinggi dan dipercayai boleh menghindarkan pelbagai penyakit termasuk gout.

“Hijrah sememangnya memberi fokus kepada pengguna Islam untuk membantu mereka menikmati kehidupan sihat dengan cara minum minuman yang bersih dan bebas toksid,” katanya.

Beliau berkata, pengguna tidak perlu bimbang kerana produk Hijrah dijual dengan harga yang berpatutan antara RM500 hingga RM2,400.

Bagi pengguna yang tidak berkemampuan tetapi mempunyai hasrat untuk memiliki alat penapis air katanya, syarikatnya turut menyediakan pembelian melalui skim ansuran mudah bulanan serendah RM60 sebulan tanpa faedah.

Katanya, Hijrah turut menawarkan sistem pembelian tukar ganti pada produk penapis air yang tidak mempunyai logo halal dengan harga RM200 hingga RM300.

“Jadi wang ini boleh digunakan sebagai wang pendahuluan untuk membeli produk penapis air Hijrah, secara tidak langsung dapat meringankan beban pengguna.

“Sejak tahun 2006, Hijrah sudah menjual hampir 25,000 penapis air yang dibantu oleh 250 stokis seluruh negara,” katanya.

Mohamad tidak pernah berasa gentar dengan persaingan yang ada kerana yakin dengan kekuatan yang dimiliki oleh Hijrah.

“Kami memberikan perkhidmatan terbaik termasuk menghantar surat dalam masa 30 hari sebelum tamat tempoh kartrij yang tidak ditawarkan syarikat lain.

“Bayaran serendah  RM100 dikenakan dan penukaran ini dilakukan secara berasingan,” katanya.

Beliau juga menyasarkan untuk memiliki 500 stokis hujung tahun ini, di mana setiap stokis memerlukan modal RM2,000 dan pihaknya akan memberi produk bernilai hampir RM10,000, bagi membantu orang Islam berniaga menambah pendapatan.

SUMBER: SINAR HARIAN, 23 JULAI 2012

22 Julai 2012

NUR IRFAN PERLU RM5,000

Wartawan Sinar Harian

Wahiedah di samping suami, Abd Shukor Ahmad mengharap simpati orang ramai menghulurkan sumbangan unt
Wahiedah di samping suami, Abd Shukor Ahmad mengharap simpati orang ramai menghulurkan sumbangan untuk pembedahan Irfan 27 Julai ini.
 
MUAR – Sepasang suami isteri dari Taman Desa Sungai Abong, dekat sini, merayu orang ramai  menghulurkan sumbangan bagi menampung kos tambahan yang diperlukan untuk pembedahan anaknya yang mengalami masalah pembukaan saluran injap jantung yang tidak normal dan sempit.

Ibunya, Nor Wahiedah Abdul Wahid, 43, berkata, Muhammad Nur Irfan Abd Shukor, 3, dijangka menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 27 Julai ini.

Menurutnya, kos keseluruhan pembedahan berjumlah RM35,000, yang mana kerajaan telah bersetuju menanggung  kos sebanyak RM30,000.

“Jadi kami memerlukan RM5,000 atau lebih sebagai wang tambahan sekiranya pembedahan yang dilakukan nanti berlaku sebarang komplikasi.

“Irfan juga disahkan mehidap sindrom rubela ketika dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya.

Nor Wahiedah berkata, sindrom tersebut turut memberi impak terhadap mata, telinga dan tumbesaran Irfan yang agak lewat berbanding kanak-kanak seusianya.

Katanya, semasa dilahirkan, keadaan Irfan sangat teruk dan terpaksa dimasukkan dalam unit kecemasan selama sebulan.

“Pasangan kembarnya turut hidap sindrom sama tetapi meninggal dunia pada hari ke-22, ketika di ICU,” katanya.

Menurut Nor Wahiedah, selain rawatan rutin di HPSF, Irfan juga perlu menjalani rawatan susulan di IJN dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru setiap tiga bulan sekali.

Jelasnya, Irfan tidak boleh makan sebarang makanan berbentuk pepejal dan perlu bergantung dengan susu khas dan bijirin oat.

“Kos menampung perbelanjaan Irfan sebanyak RM400 sebulan agak membebankan kami sekeluarga kerana pendapatan suami sebagai pemandu lori sebanyak RM1,500 sebulan tidak mencukupi.

“Pendapatan ini perlu digunakan untuk membayar sewa rumah, perbelanjaan persekolahan empat anak lain dan kos perjalanan setiap kali ke hospital untuk rawatan susulan Irfan,” katanya.

Katanya lagi, dengan pendapatan tersebut ditambah pula tanggungan yang banyak, tidak mungkin dia dapat mengumpul RM5,000 dalam masa terdekat ini.

“Saya berharap ada pembaca akhbar ini yang bermurah hati untuk membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank Nor Wahiedah (151043880236).

SUMBER: SINAR HARIAN, 22 JULAI 2012

21 Julai 2012

RM5mil ALLOCATED FOR SMEs

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
metrose@thestar.com.my

TANGKAK: The state government allocates about RM5mil annually to help develop the small-and medium-scale industries in Johor, Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said.

He said the move was to enable the small-time entrepreneurs to improve productivity and compete with those already established in the industry.

He said between RM3mil and RM4mil was channelled to the state Agriculture Department to help those venturing in the agro-based industrial sector.

The rest, about RM1mil, is channelled to AgroBank to assist those who need additional fund or capital in their ventures, he said before presenting machinery aid to 28 entrepreneurs in Sungai Mati recently.

Good job!: Abdul Ghani (left) congratulating villagers who have ventured into small- and medium-scaled industries in Serom after presenting them with machines, tools and cash aid.
Abdul Ghani said the entrepreneurs were not only given machines and tools to operate their businesses they also received cash aid.

He said small-time entrepreneurs in the state had managed to generate income totalling RM70mil annually and this showed a healthy growth in the sector.

He said some entrepreneurs had even managed to earn RM1mil a year as compared to several years ago where they could only earn several thousand ringgit.

We hope with the machines, tools and cash aid, our entrepreneurs will be more committed in their businesses and focus on quality productivity, he added.

SOURCE: THE STAR, JULY 21, 2012

20 Julai 2012

TOL MAJUKAN BUKIT GAMBIR

 
Mudahkan pengguna, rangsang ekonomi setempat

Ledang: Pembinaan Plaza Tol Bukit Gambir, dekat sini, bukan saja dinantikan penduduk untuk laluan lebih mudah ke Lebuh Raya Utara Selatan, malah bakal memberi pelbagai kelebihan dalam aspek pembangunan
dan perniagaan.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata tol berkenaan yang mempunyai laluan masuk dan keluar ke lebuh raya itu dibina demi keselesaan dan kemudahan pengguna yang semakin bertambah setiap tahun.

“Apabila siap dibina, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di Bukit Gambir serta kawasan berdekatan, sekali gus merancakkan perjalanan keluar pengguna menerusi satu lagi laluan baru,” katanya.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri yang juga Ahli Lembaga LLM, berkata tol berkenaan dibina di Bukit Gambir berikutan kedudukannya yang strategik, selain kawasan berkenaan sedang rancak membangun ketika ini.

Katanya, projek tol yang dibina PLUS Expressways Bhd (PLUS) bermula tahun lalu akan menjadi laluan alternatif buat pengguna kerana laluan keluar di Tol Tangkak dan Tol Pagoh pada masa sekarang semakin sesak.

“Selepas ini, pengguna mempunyai pilihan lain dan secara langsung ia juga akan memberi manfaat dan merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat. Bukit Gambir selepas ini dijangka berubah wajah dengan adanya tol berkenaan,” katanya.

Ketua Kampung Parit Zing, Md Amin Kassim, 64, bersyukur dengan pembinaan projek itu dan yakin ia akan memberi banyak manfaat kepada penduduk.

Katanya, laluan itu akan memudahkan penduduk keluar masuk dari lebuh raya, berbanding sebelum ini apabila terpaksa ke pekan Tangkak yang terletak agak jauh dan sesak.

Ketua Cawangan UMNO Parit Zing, Shakir Reduwan, 60, berkata kemudahan yang bakal disiapkan itu nanti akan memudahkan orang ramai.

“Kami juga akan mudah keluar masuk, anak-anak penduduk kampung juga senang untuk balik kampung terutama dari arah utara mahupun selatan tanpa perlu keluar dari Plaza Tol Tangkak,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, 20 JULAI 2012

JARINGAN EKONOMI

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


LEDANG: Pembinaan Plaza Tol Bukit Gambir di sini yang dijadualkan siap sepenuhnya Disember 2013 dilihat memudahkan pengguna setempat dan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) keluar masuk ke lebuh raya itu, selain menambah jaringan perhubungan penduduk.

Projek yang menelan belanja kira-kira RM80 juta itu mempunyai laluan keluar dan masuk ke lebuh raya arah utara serta selatan, sekali gus memudahkan orang ramai ke daerah ini tanpa perlu menggunakan Plaza Tol Pagoh atau Plaza Tol Tangkak.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh berkata, Tol Bukit Gambir dibina demi keselesaan dan kemudahan pengguna lebuh raya yang kini semakin bertambah.

"Apabila plaza tol ini siap, ia bukan saja dapat digunakan penduduk sekitar Bukit Gambir, malah melancarkan perjalanan pengguna Plus.

"Selain itu, laluan berkenaan mampu menjana ekonomi penduduk setempat," katanya pada Program Tanggungjawab Sosial dan Korporat LLM serta Syarikat Konsesi Lebuh Raya Bersama Penduduk Berpendapatan Rendah/Miskin kawasan Parlimen Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri.

Hamim berkata, keputusan membina Plaza Tol Bukit Gambir dibuat berikutan kedudukannya yang strategik selain kawasan itu rancak membangun.

Katanya, projek plaza tol yang mula dibina tahun lalu itu akan menjadi laluan alternatif kerana Plaza Tol Tangkak serta Plaza Tol Pagoh kini sesak terutama hujung minggu, cuti am dan musim perayaan.

Dengan pembinaan plaza tol baru itu, ribuan pengguna bakal mempunyai pilihan lain untuk ke Muar dan tidak perlu menggunakan plaza tol sebelum ini.

"Secara langsung, pembinaan plaza tol itu akan memberi manfaat dan merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

"Kami menjangkakan pekan Bukit Gambir bakal berubah wajah dengan adanya plaza tol berkenaan," katanya.

Pada majlis itu, seramai 52 golongan miskin serta kurang bernasib baik seluruh Ledang dipilih menerima bantuan berupa wang tunai dan barangan makanan.

Program tahunan sejak tiga tahun lalu itu mendapat sambutan menggalakkan dan empat program sama akan diadakan dalam masa terdekat bagi memenuhi tanggungjawab sosial LLM.

SUMBER: HARIAN METRO, 20 JULAI 2012

19 Julai 2012

52 KETUA KELUARGA TERIMA BANTUAN

Ledang: Seramai 52 ketua keluarga dalam Parlimen Ledang, menerima bantuan keperluan harian dan wang tunai, bagi meringankan beban menyambut Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ia sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dengan kerjasama syarikat konsesi lebuh raya, Pejabat Daerah Ledang serta Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri.

Program itu juga bagi mendekatkan hubungan antara LLM serta agensi kerajaan dengan penduduk setempat.

Program lanjutan

Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata program itu lanjutan daripada beberapa siri program CSR yang dilaksanakan tahun lalu, termasuk membantu anak kurang upaya, orang tua, program kembali ke sekolah dan anak yatim.

“Kali ini, kita menumpukan kepada keluarga berpendapatan rendah dan miskin. Seramai 52 keluarga dari sekitar Ledang dipilih bagi menerima bantuan ini,” katanya.

Ismail berkata, selain sumbangan barangan keperluan harian, pihaknya dan penyumbang lain turut menyampaikan wang tunai bagi membantu keluarga berkenaan menyambut Ramadan dengan lebih gembira serta ceria.

Hamim berkata, program CSR itu adalah kali pertama dilaksanakan oleh LLM dan syarikat terbabit di daerah berkenaan.

“Kita juga tidak mahu wujudnya keadaan apabila ada penerima mendapat banyak sumbangan manakala satu lagi pihak tidak menerimanya. Kita mahu membantu semua yang layak dengan seadilnya.

“Kerana itu saya sudah berbincang dengan Pejabat Daerah untuk menyampaikan bantuan kepada semua yang layak dan tidak seorang pun yang tertinggal,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, 19 JULAI 2012

18 Julai 2012

HIKERS SURVIVES FALL

RAVINE SCARE:Accident happened near peak of Gunung Ledang
 
hiker
Halfian Abd Rahim being taken to hospital after he was lifted from a ravine. Pic by Azidan Nahar
AN employee of Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) in Tanjung Malim, Perak, who joined a hiking excursion recently cheated death after he slipped and fell 200 metres down a ravine near the peak of Gunung Ledang in Tangkak.
The incident left Halfian Abd Rahim, 36, from Seri Petaling, Kuala Lumpur, with a broken left hand, a cracked pelvis and other injuries.

It is understood that Halfian was climbing the mountain with 10 friends and had reached Check Point 4 last Saturday, a day before the hiking trip.

The group then reportedly started their climb at 4am, and Halfian was believed to have slipped near Check Point Taman Bonsai about two hours later.

Johor National Parks Corporation director Suhairi Abdullah, when contacted, confirmed the incident.

"The group had a guide. I believe the victim exhausted himself as he had been hiking for two hours and was carrying a big and heavy bag," said Suhairi.

"The victim was believed to have been resting against a tree when he lost his balance and plunged into the ravine."

Halfian's cries for help when he plunged from Check Point 8, at a height of 1,270 metres, were heard by the others in the group.

They then alerted a forest ranger.

"The rescue team comprised firemen from the Tangkak Fire and Rescue Department and Taman Negara. They had to climb for about 90 minutes before they reached Halfian," said Suhairi.

Halfian was then rushed to the Tangkak Hospital before being transferred to the Sultanah Fatimah Specialist Hospital in Muar.

"I advise all hikers to exercise care and caution and follow the guidelines set by Taman Negara to avoid a repeat of this incident," said Suhairi.

Halfian did not to speak to the Press as he needed to rest.

SOURCE: NST STREETS JOHOR, JULY 18, 2012

PLAZA TOL BUKIT GAMBIR DIJADUALKAN SIAP 2013

LEDANG 17 Julai - Plaza Tol Bukit Gambir yang dibina dengan kos RM80 juta bagi memudahkan penduduk Bukit Gambir dan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dijadualkan siap pada Disember 2013.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh berkata, Tol Bukit Gambir yang mempunyai laluan masuk dan keluar ke lebuh raya itu dibina demi keselesaan dan kemudahan pengguna yang kini semakin bertambah.

"Apabila siap nanti, ia akan digunakan oleh penduduk di Bukit Gambir serta kawasan-kawasan yang berdekatan. Ini dapat merancakkan perjalanan keluar pengguna PLUS Expressways Bhd. (PLUS), selain satu lagi laluan baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Tanggungjawab Sosial dan Korporat LLM dan Syarikat Konsesi Lebuh Raya Bersama Penduduk Berpendapatan Rendah/Miskin Dalam Parlimen Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri yang juga Ahli LLM berkata, tol tersebut dibina di Bukit Gambir kerana kedudukannya strategik, selain kawasan berkenaan yang sedang rancak membangun.

Katanya, projek tol yang dibina pada tahun lepas itu akan menjadi laluan alternatif kerana Tol Tangkak dan Tol Pagoh pada masa sekarang sesak dan selepas ini pengguna mempunyai pilihan lain.

"Secara langsung ia juga akan memberi manfaat dan merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat. Bukit Gambir selepas ini dijangka berubah wajah dengan adanya tol tersebut," katanya.

Dalam pada itu, seramai 52 golongan miskin dan kurang bernasib baik menerima bantuan serta sumbangan.
Program tersebut merupakan kali kedua dan empat lagi program sama akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memenuhi tanggungjawab sosial LLM yang dimulakan kira-kira tiga tahun lalu.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 18 JULAI 2012

17 Julai 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG TAHUN 2012 PERINGKAT DAERAH LEDANG PADA 18 JULAI 2012

Pegawai Daerah Ledang, Yang Berbahagia Tuan Haji Ab Han Bin Ramin, akan menyempurnakan majlis Perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang Tahun 2012 Peringkat Daerah Ledang  di Dataran Ledang  pada pada 18 Julai 2012  jam 9.00 malam.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Daerah Ledang di talian  06-9787100

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN TUNAI DAN HAMPER LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA PADA 17 JULAI 2012

 
Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Yang Berbahgia Dato’ IR Haji Ismail Bin Md Salleh akan merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Tunai Dan Hamper kepada penerima di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak  pada pada 17 Julai 2012  jam 10.00 pagi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Daerah Ledang di talian  06-9787100

GUNUNG LEDANG AIMS FOR MORE VISITORS

TOURIST SPOT:The new attractions to the park include its Herbal Park
 
gunung ledang
Gunung Ledang is a favourite spot for nature lovers and campers. Pic by Shahrul M. Zain
GUNUNG Ledang National Parks Corporation is expecting  to attract more than 50,000 visitors this year after numerous upgrading works to its facilities were completed recently.
Its director Suhairi Hashim said up to May this year, the park had recorded 7,646 visitors. The roads into the park are now tarred thus making it more accessible.

Suhairi said based on an estimate of 300 visitors a day,  including 200 climbers, the park would easily record more than 50,000 visitors for the remaining of this year.

"We have also upgraded and refurnished all our facilities for the  comfort of our visitors.

"New attractions like our Herbal Park are among the reasons for the increase in visitors," Suhairi said when contacted.

The new attractions to the park include its Herbal Park.

Gunung Ledang attracts climbers worldwide as the mountain is one of the most challenging ones to conquer.

"We have upgraded the mountain trail routes. At the foot of the mountain and surrounding areas, there are areas for the climbers to stretch and load their packs."

Suhairi said the facilities at the resort have also been upgraded. There is a hall for those attending courses or conducting researches.

The type of visitors that the park attracts consist of  holidaymakers who come with their family members to enjoy nature, students  from educational institutions, local and foreign researchers and also climbers.

There are also those who are particularly interested in the park's flora and fauna and also uniformed bodies who set up camp.

Those who frequent the park for research purposes include Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA  and also Universiti Tun Hussein Onn.

Holidaymakers normally make their way to the park on weekends and school holidays.

One will see researchers and participants of courses organised by FRIM at the park's resort on most weekdays.

The park attracted 1,292 visitors in 2003; 11,155 in 2004; 18,154 in 2005; 19,230 in 2006; 13,239 in 2007; 16,832 in 2008; 16,062 in 2009; 16,085 in 2010 and 21,043 last year

There was a decrease in the number of visitors in 2007 due to the worst flood ever to hit Johor.

SOURCE: NST STREETS JOHOR, JULY 17, 2012

CLEAN-UP IN MUAR, LEDANG HOUSING AREAS

By Azidan Nahar

MUAR: The recent "Program Pembersihan Perdana" here and in Ledang included personnel from the Malacca branch of the Solid Waste Management and Public Cleansing Corporation (PPSPPA).
 
clean-up
Workers cleaning an area in Taman Pagoh Jaya. Pic by Fairul Asmaini
This was done because Muar and Ledang districts are now under the jurisdiction of the Malacca PPSPPA, following its agreement with the Johorean concessionaire for solid waste management, SWM Environment Sdn Bhd.

Malacca SWM manager Hisham Hussin said  30 personnel including senior officials from both companies were involved in the programme.

"The main focus of the monthly cleansing programme are housing and recreational areas, which are not under the local authorities.

"We utilise heavy machinery such as trucks  with water sprinklers, tractors and excavators," he said after the programme at Taman Bakariah, here.

The event is a corporate social responsibility programme  which involves cleaning drains of waste and soil and grass-cutting.

Hisham said a similar programme held  at Taman Pagoh Jaya here found that  the clogged drains were caused by the overgrown  grass.

He said the situation in Taman Bakariah, also in Muar, was equally disheartening as the back lanes of homes were littered with rubbish.

"There were also old refrigerators, washing machines, furniture and computers piled up, and  trash clogging the drains in the area."

"We believe the neighbourhood was used as a dumpsite before the items were sold to scrap metal buyers," he said.  

SOURCE: NST STREETS JOHOR, JULY 17, 2012

TERNAKAN LEMBU INTEGRASI GAGAL

ABDUL Ghani Othman melihat peralatan yang diserahkan kepada pengusaha IKS pada majlis Penyerahan Mesin dan Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian negeri di Sungai Mati, baru-baru ini. 
 
LEDANG 16 Julai - Kerajaan negeri kecewa dengan sikap syarikat ladang kelapa sawit termasuk di bawah penyeliaan Johor Corporation (JCorp) berikutan kegagalan mereka mengusahakan ternakan lembu secara integrasi seperti yang disarankan kira-kira 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kegagalan tersebut bermakna, hasrat Johor untuk menjadi pengeluar bekalan daging utama negara juga tidak terlaksana.

"Saya percaya jika sejuta ekar ladang kelapa sawit yang ada di Johor menyambut baik saranan itu, kita akan mampu menyediakan bekalan daging yang mencukupi untuk keperluan negara.

"Ini kerana, ternakan lembu boleh membiak lebih cepat jika diternak di ladang kelapa sawit," katanya pada majlis Penyerahan Mesin dan Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian Negeri Johor 2012 di Kompleks Sukan Komuniti Pulau Penarik, Sungai Mati, di sini kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Abdul Aziz Kaprawi; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan.

Memandangkan saranan itu masih relevan, beliau mencadangkan pengurusan baru J-Corp yang bermesyuarat Khamis lalu supaya memulakan ternakan secara integrasi di ladang kepunyaan syarikat kerajaan itu dengan permulaan 400 lembu.

Abdul Ghani menarik perhatian bagaimana Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang memulakan program ternakan seumpama itu di ladang seluas 1,600 hektar di Kota Tinggi berjaya menghasilkan pendapatan yang baik setiap tahun.

Beliau turut menyarankan kepada pekebun kelapa sawit yang bersaiz kecil supaya mengintegrasikan tanaman mereka dengan ternakan ayam kampung dan kolam ikan air tawar untuk menambah pendapatan.
"Kebun integrasi dapat melahirkan suasana yang menarik dan boleh membawa pulangan yang lumayan kepada pekebun kecil. 

"Mereka boleh mendapatkan tunjuk ajar dari agensi seperti jabatan pertanian dan dan lain-lain yang menyediakan kursus kemahiran," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, usaha kerajaan menggalakkan petani di luar bandar melibatkan diri dalam bidang perusahaan kecil sejak 14 tahun lalu berjaya melahirkan ramai usahawan dengan pendapatan sehingga RM1 juta setahun dan pihaknya berjaya mengesan lapan hingga 10 pengusaha kerepek yang mencapai tahap tersebut.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 17 JULAI 2012

16 Julai 2012

PENDAKI GUNUNG LEDANG JATUH GAUNG

NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN

Pendaki Gunung Ledang jatuh gaung
Halfian Abd Rahim yang jatuh gaung berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

LEDANG -  Saat gembira bagi 10 sahabat ketika mendaki Gunung Ledang di sini bertukar menjadi detik mencemaskan apabila salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mereka berada pada ketinggian 1,000 meter berhampiran puncak Gunung Ledang sebelum mangsa, Halfian Abd Rahim, 36, tergelincir lalu termasuk ke dalam gaung tersebut.

Dia bagaimanapun terselamat, namun mengalami kecederaan parah akibat patah tangan kiri dan retak pada tulang punggung.

Menurut Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Suhairi Hashim, Halfian yang berasal dari Seri Petaling, Kuala Lumpur dan bekerja di Tanjung Malim, Perak mendaki gunung tersebut bersama sepuluh rakannya termasuk dua wanita pada Sabtu lalu.

"Mereka bersama seorang penunjuk arah meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Ledang pada jam 4 pagi, namun mangsa tergelincir pada jam 6.10 pagi berhampiran check point Taman Bonsai.

"Dia berjaya dibawa keluar pada kira-kira jam 1 tengah hari selepas operasi menyelamat dilakukan sejak pagi oleh renjer Taman Negara berkenaan, selain sekumpulan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Tangkak," katanya.

Suhairi berkata, kemungkinan mangsa terjatuh akibat terlalu letih, tambahan pula dia membawa beg besar dan bersandar pada pokok sebelum hilang imbangan dan terjatuh.

Katanya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Tangkak sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Beliau turut menasihatkan pendaki gunung agar lebih berhati-hati dan mengikut semua peraturan ditetapkan pihak Perbadanan Taman Negara.

Sementara itu, Penolong Kanan Pegawai Bomba Zon Muar, Zulkifli Bakar yang juga ketua operasi berkata, kumpulan penyelamat terbabit mengambil hampir empat jam untuk menyelamatkan mangsa kerana laluan dan keadaan yang mencabar.

“Operasi menyelamat dimulakan jam 10 pagi. Kita mengambil masa satu jam menuruni cerunan untuk sampai ke lokasi dan mengambil masa dua jam pula untuk mendaki semula dengan membawa mangsa. Mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat kira-kira jam 3 petang," katanya.

Zulkifli berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan sedar namun sangat lemah.

SUMBER: SINAR HARIAN, 16 JULAI 2012

15 Julai 2012

RM5j SETAHUN BANTU IKS JOHOR

ABDUL Ghani Othman menyerahkan peralatan kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Mesin dan Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian Negeri Johor di Kompleks Sukan Komuniti Pulau Penarik, Sungai Mati dekat Ledang, Johor, kelmarin. 
 
LEDANG 14 Julai - Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM5 juta setahun membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) meningkatkan produktiviti mereka sekali gus mampu berdaya saing di pasaran.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM3 juta hingga RM4 juta disalurkan kepada Jabatan Pertanian negeri dan RM1 juta lagi menerusi Perbadanan Usahawan Johor sebagai modal tambahan untuk pengusaha.

"Ini berbeza dengan 14 tahun lalu, kita beri peruntukan hanya RM1 juta setahun tetapi kini kita beri RM3 juta hingga RM4 juta setahun kepada Jabatan Pertanian negeri dan RM1 juta lagi kepada Perbadanan Usahawan Johor.

"Menerusi Perbadanan Usahawan Johor seramai 28 pengusaha IKS telah menerima bantuan," katanya pada Majlis Penyerahan Mesin dan Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian Negeri Johor 2012 di Kompleks Sukan Komuniti Pulau Penarik, Sungai Mati, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang serta Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan.

Pada majlis tersebut seramai 28 pengusaha IKS dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom menerima bantuan mesin, peralatan dan wang tunai untuk membantu mereka meningkatkan tahap pengeluaran.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 15 JULAI 2012

14 Julai 2012

99 PENAGIH DITAHAN PADA JUN

Wartawan Sinar Harian

99 penagih ditahan pada Jun
Harun (dua, kiri) menyampaikan replika cek kepada balu Sarjan Muran Jamaludin yang meninggal dunia pada 23 Disember 2010, Normah Abdulla (tiga, kiri).
 
LEDANG - Seramai 99 penagih ditahan di beberapa rumah dan tempat awam sekitar daerah ini sepanjang bulan lalu, membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM50,000.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Harun Idris berkata, mereka ditahan di beberapa kawasan panas, antaranya di Ledang, Tangkak dan Sungai Mati, dekat sini.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berumur di antara 17 hingga 56 tahun termasuk seorang wanita.

“Selain 99 orang ini ditahan atas kesalahan menagih dadah, ada antaranya yang melakukan kesalahan lain contohnya 13 orang daripadanya mengedar dadah secara kecil-kecilan dan tujuh lagi memiliki dadah.

“Antara dadah yang kita rampas ialah heroin seberat 50.87 gram (g), ganja (1.38g), syabu (19.10g) dan ekstasi (0.9g) yang semuanya dianggarkan bernilai RM50,000,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini, kelmarin.

Harun berkata, sarang penagih di sini digempur kerana kebanyakan mereka terlibat dengan jenayah selain bagi membanteras serta mencegah kegiatan penyalah- gunaan dadah.

“Kami akan menggiatkan usaha untuk memburu penagih dadah untuk mengurangkan bilangan penagih di daerah ini,” katanya.

Dalam kes berlainan, seorang penagih dadah berumur 23 tahun dari Taman Ledang, Sagil, ditahan di rumahnya pada jam 2.30 pagi, kelmarin, kerana terlibat dalam dua kes pecah rumah di sini.

Harun berkata, suspek yang bekerja sendiri itu dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di kawasan taman tempat tinggalnya pada 25 Mei lalu dan satu  lagi di Taman Warisan Sagil, 5 Julai lalu.
Menurutnya, suspek positif dadah jenis morfin, tetapi tidak memiliki rekod jenayah lampau.

“Ketika serbuan, polis merampas tiga telefon bimbit, sebentuk cincin emas dan satu loket emas dipercayai milik mangsa,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 14 JULAI 2012