TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

06 Julai 2012

PISANG BERBUAH DUA WARNA

UDA Esa menunjukkan setandan pisang udang dua warna hijau dan merah di kebunnya di Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir, Ledang, semalam. 
 
LEDANG 5 Julai - Seorang pengusaha tanaman pisang terkejut apabila mendapati salah sebatang pokok pisang udangnya mengeluarkan buah yang mempunyai dua warna iaitu hijau dan merah.

Uda Esa, 43, menyedari keunikan pisang tersebut kira-kira dua bulan lalu semasa jantungnya mekar dan mula mengeluarkan anak.

Menurutnya, keadaan itu merupakan yang pertama kali berlaku sejak dia mengusahakan tanaman pisang udang tujuh tahun lalu di sebuah kebun di Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir, dekat sini.

"Saya tanam 200 pokok pisang udang setahun lalu dalam kawasan seluas 1.3 hektar bagi tujuan dieksport ke Singapura.

"Lazimnya, pisang ini warnanya kemerah-merahan dan apabila sampai tempoh matang akan bertukar menjadi warna merah jambu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan kejadian itu dianggap unik dan pelik.

Uda berhasrat menjual pisang tersebut jika ada pihak yang benar-benar mahukannya dan kini sudah boleh ditebang.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 06 JULAI 2012

Tiada ulasan: