TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

03 Julai 2012

PISANG UDANG DUA WARNA

Wartawan Sinar Harian

Pisang udang dua warna
Uda menunjukkan pisang udang yang ditanamnya mempunyai dua warna.
 
LEDANG - Seorang pengusaha tanaman pisang terkejut mendapati salah satu daripada pokok pisang udang yang ditanamnya mengeluarkan buah mempunyai dua warna iaitu hijau dan merah.

Uda Esa, 43, berkata, dia menyedari keunikan pisang tersebut, kira-kira dua bulan lalu semasa jantung pisang mekar dan mula mengeluarkan anak pisang.

Menurutnya, penemuan itu adalah yang pertama kali berlaku sejak tujuh tahun lalu mengusahakan tanaman pisang udang di sebuah kebun di Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir, dekat sini. “Saya tanam pokok pisang ini setahun  lalu dalam kawasan seluas 1.3 hektar dengan 200 pokok pisang udang untuk dieksport ke Singapura.

“Lazimnya, pisang ini warna kemerah-merahan dan apabila sampai tempoh matang akan bertukar menjadi warna merah jambu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Uda berkata, jadi apabila mendapati setandan pisang itu mempunyai dua warna, pastinya mengejutkan dan dianggap terlalu unik.

“Tiga hari lagi pokok pisang ini sudah boleh ditebang kerana buahnya sudah cukup matang. “Saya tak hebahkan kepada orang ramai dan hanya memaklumkan penemuan ini kepada rakan rapat, mereka turut melahirkan kehairanan  dengan keunikan ini,” katanya.

Menurutnya, pisang tersebut mendapat permintaan yang tinggi terutamanya kaum Cina untuk upacara sembahyang. “Saya tidak teragak-agak untuk menjual pisang ini jika ada yang berminat untuk membelinya,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 03 JULAI 2012

Tiada ulasan: