TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

02 Julai 2011

KESANG LAKAR SEJARAH

Justify Full
LEDANG - Kesang melakar sejarah apabila menjadi mukim pertama di daerah Ledang yang melaksanakan persejarahan dengan membina batu bagi memahat sejarah Kesang di Kompleks Penghulu Kesang, di sini.

Pegawai Daerah Ledang, Amran Abdul Rahman berkata, langkah berkenaan sebagai usaha untuk memperkasakan sejarah Kesang untuk diwarisi kepada generasi muda yang sememangnya tidak mengetahui asal usul sejarah Kesang.

Menurutnya, beliau menyokong penuh usaha penduduk mukim Kesang yang bekerjasama dengan Yayasan Warisan Johor untuk memperkenalkan semula tokoh Kesang.

“Tokoh ini boleh dibukukan semua pihak dan digunakan sebagai rujukan kepada generasi akan datang.

“Di negara ini, peninggalan sejarah agak ketinggalan sedikit dan mujur ada pengkaji seperti Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor iaitu Khamdi Kamil yang sanggup menelaah dan mengkaji sehingga ke luar negeri. Ini bermakna, usaha hendak mencari sejarah Melayu terpaksa pergi ke London, Belanda dan mungkin satu masa nanti terpaksa ke China kerana mereka mempunyai maklumat negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Program Memahat Sejarah Kesang, di sini.

Amran berkata, Melaka telah dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa dan kehebatan Melaka diketahui serata dunia, bahkan ada yang cemburu sehingga akhirnya Melaka ditakluki oleh Portugis pada 1511.

“Sejarah negara sangat penting dan walaupun kita berada dalam pelbagai profesion tetapi sejarah penting dan perlu didokumenkan kerana sejarah itu cuba diperjuangkan kepentingan mata pelajaran sejarah.

“Generasi muda hari ini kurang berminat dengan mata pelajaran sejarah menyebabkan mereka mula melupakan sejarah dan tidak berjaya memahami sejarah negara dengan baik,” katanya.

Menurutnya, ini menyebabkan kematangan politik agak bercelaru kerana mereka tidak dapat memahami kepentingan sejarah negara.

“Generasi pasca merdeka tidak melalui sejarah duka negara dijajah yang sangat menginsafkan dan mereka menunjukkan sikap sangat berlainan dengan generasi veteran,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 02 JULAI 2011

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

muor mmg hebat...