PENGUNJUNG SETIA

22 Julai 2011

MB: PENDIDIKAN AGAMA TETAP DIBERI PERHATIAN

Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor
Jumaat, 22 Julai 2011 00:00 | 78 hits


TANGKAK : Kerajaan Negeri akan terus memastikan pendidikan agama di negeri ini diberikan keutamaan dalam usaha mewujudkan keseimbangan di antara tuntutan dunia dan akhirat.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan membina 121 sekolah agama di seluruh Johor dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata langkah itu diambil bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah setiap tahun.

Katanya, pada masa ini terdapat lebih 200,000 pelajar di seluruh Johor.

“Pembinaan sekolah agama ini perlu kerana anak-anak berhak mendapat pendidikan yang seimbang di antara akademik dan agama,” katanya.

Abdul Ghani berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Bukit Banjar, di sini hari ini.

Untuk merealisasikan hasrat itu, Abdul Ghani menyeru ibu bapa supaya membekalkan anak dengan ilmu pengetahuan dalam kedua-dua bidang itu kerana ia dapat membantu rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan.

SUMBER: KHABAR ORANG JOHOR. WWW.MEDKOM.MY

Tiada ulasan: