PENGUNJUNG SETIA

22 Julai 2011

MB: TOLAK USAHA PECAH BELAHKAN RAKYAT

Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor
Jumaat, 22 Julai 2011 00:00 | 54 hits


TANGKAK: Rakyat di negeri ini diseru supaya menolak sebarang usaha yang boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Menteri Besar , Dato' Abdul Ghani Othman, menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba menimbulkan kekacauan yang menjurus kepada perpecahan kaum di negara ini.

"Perkara ini berlaku kerana sikap tamak pihak berkenaan yang ingin merebut kuasa pemerintahan negara dengan cara yang salah.

"Mereka tergamak mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur yang kononnya ingin mencetuskan bibit revolusi di sebalik ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan," katanya.

Abdul Ghani berkata, tindakan tersebut cuba memberikan imej tidak baik kepada negara sedangkan pengkaji antarabangsa merumuskan tahap keselamatan negara ini pada paras ke- 16 negara terselamat di dunia.

Abdul Ghani berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Karnival Perpaduan 1Malaysia Peringkat Negeri Johor 2011 di Dataran Bukit Gambir di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Ghani menyeru rakyat di negeri ini mengamati kepentingan persefahaman dan perpaduan dalam medan politik.

"Dalam sebuah negara berbilang kaum, kedua-dua elemen itu sangat bagi menjamin keharmonian kaum yang seterusnya menyumbang untuk memperkukuhkan kestabilan politik di negara ini,"katanya.

SUMBER: KHABAR ORANG JOHOR, WWW.MEDKOM.MY

Tiada ulasan: