Ledang: Tiga pelajar sekolah
menengah serta dua penuntut kolej kemahiran antara lapan lelaki yang
ditahan polis pada 26 dan 27 Ogos lalu lalu kerana terbabit pelbagai kes
curi motosikal serta menjual komponen jentera berkenaan di sekitar
daerah ini.
Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Harun Idris berkata, semua suspek melakukan kegiatan itu sejak lebih setahun lalu.
"Aktiviti kumpulan itu terbongkar selepas seorang suspek berusia 19 tahun ditahan ketika memandu van kerana melanggar lampu isyarat di Jalan Solok di sini, pada jam 12.30 tengah malam, 26 Ogos lalu.
"Pemeriksaan dalam van itu menemui pelbagai komponen motosikal yang sudah dileraikan. Pemandu yang juga penuntut institut kemahiran di Johor Bahru ditahan untuk siasatan," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, semalam.
Menurutnya, siasatan lanjut ke atas penuntut itu membawa kepada penahanan tujuh rakannya berusia 16 hingga 24 tahun dalam beberapa serbuan di sekitar bandar Tangkak pada keesokan harinya.
Katanya, pihaknya menemui tiga rangka serta tiga blok enjin motosikal dan pelbagai komponen jentera berkenaan yang sudah dileraikan.
"Kami turut mendapatkan khidmat anggota penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan rangka motosikal yang dibuang di Sungai Kesang dan Tasik Taman Pelangi.
"Hasilnya, kami menemui 10 lagi rangka motosikal iaitu tujuh di dasar Sungai Kesang dan tiga di Tasik Taman Pelangi," katanya.
Menurutnya, berdasarkan keadaan rangka yang berkarat, kami percaya ia dibuang sejak awal tahun ini.
Harun berkata, polis percaya semua suspek turut terbabit beberapa kes curi motosikal di sekitar Muar selain Jasin serta Melaka Tengah, Melaka.
Katanya, penahanan suspek berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes curi motosikal iaitu lapan di Ledang dan masing-masing satu di Muar, Merlimau serta Melaka Tengah.

SUMBER: HARIAN METRO, 06 SEPTEMBER 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan