Teo Chee Mong

LEDANG - Seorang lelaki dicari polis bagi membantu siasatan membabitkan kejadian pecah rumah di Gersik, di sini pada 3 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, lelaki berkenaan Teo Chee Mong, 35, kini sedang dicari dan alamat terakhirnya di Jalan Penghulu Ismail, Batu 4, Parit Bunga, Sungai Mati.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-9781222,” katanya

Dalam kejadian pecah rumah itu, tiga ahli kumpulan Geng Tempang berjaya diberkas 30 minit selepas melakukan pecah rumah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas masuk ke dalam parit berhampiran dengan Balai Polis Bukit Pasir.

Dua minggu kemudian, tiga lagi saki baki ahli kumpulan Geng Tempang yang masih bebas berjaya diberkas di Jalan Mariam, Muar, pada 17 April lalu.

SUMBER: SINAR HARIAN, 02 SEPTEMBER 2013