Kuala Lumpur: Datuk Abdul Ghani Othman mengesahkan tidak akan
mempertahankan semua jawatannya dalam UMNO pada pemilihan parti bulan
depan untuk memberi laluan kepada kepimpinan muda.
Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, keputusan untuk tidak bertanding sebarang kerusi yang didudukinya sejak hampir 30 tahun dalam politik UMNO dibuat sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu.
Beri peluang orang muda
"Selepas sekian lama, saya rasa sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada golongan muda," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Abdul Ghani menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Ledang sejak 28 tahun lalu dan Majlis Tertinggi (MT) sejak 1994.
Beliau berkata, tumpuannya kini menjurus kepada tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd.

SUMBER: BH, 12 SEPTEMBER 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan