LEDANG – Dua puluh tahun lalu, pekan Bukit Gambir digelar ‘pekan koboi’ kerana hanya dihiasi deretan bangunan kedai usang.
Namun, kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan bangunan di pekan itu 20 tahun lalu, mempunyai hikmah.
Sejak itu berlaku transformasi besar dan kini, kawasan itu dilimpahi pembangunan.
Selepas diiktiraf sebagai Bandar Baru Bukit Gambir pada 2003, Bukit Gambir berjaya mengatasi kemajuan Bandar Tangkak yang terletak kira-kira 23 kilometer jauhnya.
Bermula dengan pembinaan bangunan kedai dan perumahan, Bandar Baru Bukit Gambir kini mempunyai mercu tanda sendiri, antaranya Bangunan Pasar Tani Bukit Gambir, bangunan komersial, balai bomba dan terbaru, Plaza Tol Bukit Gambir oleh Plus Expressways (Plus).
Adun Gambir, M Asojan berkata, pembangunan di sini terus rancak dengan pembinaan plaza tol.
"Projek bernilai kira-kira RM80 juta yang dijadual siap Disember ini, dibina khusus untuk kemudahan pengguna lebuh raya dan penduduk Bukit Gambir.
“Apabila tol Bukit Gambir siap, saya menjangkakan Bukit Gambir akan terus menjadi tumpuan dan pilihan masyarakat luar.
“Bandar ini akan menjadi lebih sibuk dan bilangan penduduk juga dijangka bertambah berbanding ketika ini, 40,000 penduduk,” katanya.
Pembangunan bandar berterusan
Namun, pembangunan di Bukit Gambir tidak berhenti setakat itu sahaja.
Asojan berkata, Bukit Gambir Sentral yang menempatkan perhentian bas dan teksi bakal dibina tidak lama lagi berhampiran pasar awam dan pasaraya Econsave.
“Perbincangan dalam peringkat akhir yang mana Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (Upen) dan Majlis Daerah Tangkak telah menjalankan siasatan, dan kerajaan negeri juga sudah meluluskan peruntukan.
“Projek ini dianggar bernilai RM2 juta dan dijangka bermula awal tahun depan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, dalam kerancakan pembangunan di Bukit Gambir, kawasan bermasalah yang sering dilanda banjir kilat seperti di Taman Seri Jaya tidak diabaikan.
“Kerja menaik taraf sistem perparitan membabitkan kos RM1 juta telah dilakukan dua peringkat iaitu pada 2009 dan 2010.
“Kawasan Pusat Perniagaan Taman Jingga berhampiran persimpangan Jalan Sengkang juga dinaik taraf, kita minta pihak pemaju memastikan sistem perparitan mengalir ke sungai berhampiran bagi mengelak risiko banjir kilat,” katanya.
Selain itu, Asojan berkata, jalan raya di pekan Bukit Gambir turut dilebarkan menjadi empat lorong bagi melancarkan aliran trafik berikutan pertambahan drastik jumlah kenderaan pengguna jalan raya.
Beliau menambah, kepesatan pembangunan telah memberi impak kepada pasaran hartanah di sini yang menyebabkan harga melonjak tinggi.
“Banyak kawasan perumahan baru dibuka dengan pelbagai kategori, bermula rumah kos rendah hingga rumah mewah,” katanya.

Yakin konsep pembangunan terancang
Dalam pada itu, Asojan berkata, beliau yakin dengan konsep pembangunan
terancang, masalah sosial yang sering dikaitkan dengan pembangunan akan
dapat dikawal.
“Ini kerana Majlis Daerah Tangkak tidak meluluskan lesen membuka pusat
hiburan seperti karaoke dan snuker di Bukit Gambir,” katanya.
Katanya lagi, Bukit Gambir bakal menjadi pusat komersial yang diharapkan terus mengekalkan tawaran harga murah dan kompetitif.
“Jika dapat mengekalkan harga rendah seperti hari ini, saya yakin Bukit
Gambir dapat menarik lebih ramai pengunjung luar untuk berbelanja,”
katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN, 10 SEPTEMBER 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan