Harun Idris
LEDANG - Empat rakan yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pengedaran
dadah secara kecil-kecilan diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah
di Taman Tangkak Emas, di sini pada 23 Ogos lalu.
Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, tangkapan jam 12.50 pagi itu dilakukan sepasukan anggota narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang berdasarkan hasil risikan dan maklumat awam.
“Suspek yang ditahan berusia antara 31 hingga 44 tahun. Ketika ditahan mereka sedang berkhayal kerana dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
“Pemeriksaan menyeluruh di rumah itu membawa kepada penemuan dadah heroin seberat 155 gram (gm), syabu (10gm), erimin 5 (10 biji) dan ganja (1gm),” katanya pada sidang media di IPD Ledang, di sini, kelmarin.
Harun berkata, semua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM5,000 dan dipercayai boleh menampung keperluan kira-kira 200 penagih.
Katanya, tiga daripada mereka berasal dari Tangkak, manakala seorang lagi dari Jasin, Melaka dan semuanya tiada pekerjaan.

SUMBER: SINAR HARIAN, 01 SEPTEMBER 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan