PENGUNJUNG SETIA

11 September 2011

DUA DIBERKAS KES BAKAR SEKOLAH






























LEDANG 10 Sept.
- Polis memberkas dua remaja yang dipercayai bertanggungjawab mengakibatkan kebakaran di sebuah bilik darjah Sekolah Agama Jalan Naib Long, Tangkak di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris (gambar) berkata, kedua-dua remaja terbabit yang berusia 12 dan 13 tahun itu ditangkap berasingan di rumah masing-masing di bandar Tangkak, Selasa lalu.

"Kebakaran di bilik darjah tersebut memusnahkan meja guru, langsir, buku serta kelengkapan sekolah itu.

"Pihaknya turut merampas pemetik api yang disyaki digunakan remaja terbabit. Maklumat pihak sekolah mendapati kedua-duanya tergolong dalam pelajar bermasalah," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan laporan telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Dalam kes berasingan, dua lelaki berusia 21 dan 23 tahun ditahan Isnin lalu kerana mencuri sejumlah bahan binaan bernilai kira-kira RM2,000 daripada bekas majikan mereka yang merupakan seorang kontraktor binaan di Gersik di sini.

"Kedua-dua suspek berhenti kerja seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Pemeriksaan di rumah mereka di Pagoh menemui barangan kes iaitu satu tong cat 20 liter, 15 kotak mozek serta dua beg simen," katanya.

SUMBER:MINGGUAN MALAYSIA, 11 SEPTEMBER 2011

Tiada ulasan: