TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

02 November 2012

MDT MENANG TEMPAT KETIGA

 Muhammad Sidek (tiga dari kiri) bersama Yang Dipertua MDT, Ab Han Ramin (tiga dari kanan)
bersama poster saintifik yang memenangi tempat ketiga pada Persidangan Kesihatan Persekitaran
PBT di Shah Alam.
[ FOTO HAI ROZZAMAN JALAL /BH ]

Oleh Hai Rozzaman Jalal
bhjb@bharian.com.my

» Pertandingan landasan PBT atasi masalah kesihatan persekitaran

̌ Ledang: Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Tangkak (MDT), mendapat tempat ketiga Pertandingan Poster Saintifik Peringkat Kebangsaan.

Pertandingan itu sempena Persidangan Kesihatan Persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kelima di Shah Alam.

Persidangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menjadi aktiviti tahunan sejak 2008.

Platform pembentangan

Pegawai Kesihatan Persekitaran MDT, Muhammad Sidek Arasu Abdullah, berkata persidangan itu menjadi landasan pembentangan dan perbincangan kertas kerja serta poster saintifik berkaitan kesihatan persekitaran.

Katanya, kertas kerja dan poster saintifik itu dibentang serta dibincangkan dalam kalangan pegawai teknikal di setiap PBT, selain profesional dalam bidang kesihatan persekitaran.

“Dalam pertandingan poster saintifik, MDT membentangkan tajuk ‘Keberkesanan Penggubalan Prosedur Penetapan Kadar Bayaran Bagi Maksud Mengkehendaki Kacau Ganggu Dihapuskan Dalam Mengatasi Masalah Semak di Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Tangkak’.

Atasi masalah

“Prosedur Penetapan Kadar Bayaran (PPKB) ini diwujudkan bagi menyediakan sistem kerja bagi memudahkan pihak MDT mengatasi masalah di kawasan pentadbirannya dengan berkesan,” katanya.

Muhammad Sidek berkata, PPKB diwujudkan bagi membolehkan MDT menuntut kos bayaran pentadbiran dan operasi secara sistematik kepada pemilik persendirian yang membiarkan tanah atau bangunan dipenuhi semak.

SUMBER: BH JOHOR, 02 NOVEMBER 2012

Tiada ulasan: