TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

11 Mei 2013

SINDIKET DADAH 'GENG JIWA KACAU' TUMPAS

HARUN Idris menunjukkan DVD bertajuk Jiwa Kacau dan barang-barang peribadi empat remaja yang memecah masuk pejabat sekolah di bandar Tangkak, di Ledang, Johor, semalam. 
 
LEDANG 10 Mei - Tidak puas hati dengan tindakan guru disiplin merampas barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, rantai leher dan lain-lain, empat remaja dikenali sebagai 'Geng Jiwa Kacau' memecah masuk pejabat sekolah mereka untuk mengambil semula barangan itu.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun termasuk seorang murid sekolah rendah berusia 11 tahun, memecah masuk sekolah di bandar Tangkak malam kelmarin namun kegembiraan mereka terbantut apabila salah seorang daripadanya ditangkap di sekolah itu pukul 9.10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris berkata, siasatan lanjut terhadap pelajar tersebut membawa kepada penangkapan dua lagi rakannya di sekolah yang sama manakala murid berusia 11 tahun itu ditahan di sekolahnya tidak jauh dari situ.

"Kesemua mereka berasal dari Tangkak kecuali murid 11 tahun itu dari Serom, Sungai Mati. Semuanya masih belajar lagi dan hasil pemeriksaan kita temui semula empat telefon bimbit, dua utas jam, minyak wangi, rantai leher dan empat tali pinggang.

"Kita juga turut menemui dua komik dan sebuah cakera padat digital (DVD) bertajuk Jiwa Kacau. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menahan sepasang kekasih di Jalan Naib Long di sini kira-kira pukul 11.30 malam, 29 April lalu kerana memiliki pelbagai jenis dadah yang dianggar bernilai lebih RM12,000.

Katanya, suspek lelaki berumur 36 tahun dari Taman Tangkak Jaya, teman wanitanya pula berusia 29 tahun dari Taman Tasik Ria dan kedua-duanya menyewa sebuah rumah di jalan itu.

"Pihak polis merampas syabu seberat 48.4 gram, 38.25 gram heroin dan empat biji pil ekstasi. Kedua-duanya tidak bekerja dan positif dadah. Suspek wanita mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan dadah di Pontian pada 2012," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 11 MEI 2013

Tiada ulasan: