PENGUNJUNG SETIA

13 Mei 2013

JANJI SEDIA PADANG SK TANJUNG GADING


LEDANG 12 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abdul Razak Minhat (gambar) berjanji akan membantu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gading, Batu 4 di sini yang masih belum mempunyai padang.

Beliau yang memulakan tugasan pertamanya dengan merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan akan memberi perhatian khusus bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Abdul Razak agak terkejut apabila diberitahu sekolah tersebut tidak mempunyai padang untuk menjalankan aktiviti kokurikulum dan kegiatan sukan.

"Kita akan membantu sekurang-kurangnya supaya sekolah ini juga mempunyai kemudahan untuk membolehkan murid-muridnya menjalankan aktiviti kokurikulum," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, beliau menewaskan calon Pas, Azmi Ahmad dengan majoriti 2,264 undi.

Abdul Razak berjanji akan membantu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk kepentingan lebih 200 orang murid di sekolah itu.

Mengenai penurunan pencapaian murid-murid sekolah tersebut dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu berbanding dua tahun sebelum itu, beliau berharap pihak sekolah dan PIBG menjalankan kajian terperinci untuk mengenal pasti punca kemerosotan tersebut.

"Kita perlu menjalankan kajian bagi mengenal pasti masalah ini sama ada berpunca daripada kelemahan guru dan murid-murid atau apakah hanya secara kebetulan murid-murid pada 2010 memang pandai berbanding murid pada 2012," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 13 MEI 2013

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ko ingat jak, dari mana ko naik. jangan lupa. banyak benda ko boleh tolong orang kampung. YB hamim dulu cakap je...sekarang jadi Timb.menteri. lagi lah dia lupa kampung. Tok Ghani dulu entah apa dia buat kat orang kampung...tak de benda. la ni ko punya tugas pastikan serom maju hujung tahun ni. banyak warga mas, orang miskin, belia tak de kerja, kebun tak de orang kerja, orang kampung tak de tempat nak niaga,buah kampung tak de tempat oeang melayu nak niaga...macam2 lagi lah.

aku nak tengok ada perubahan pemikiran dan pandangan baru pada semua penduduk serom. jadikan serom maju akhir tahun ni dan sekurang2nya ada satu perubahan. ingat tu. ko tu bukan aku tak tahu l/bel;akang ko....jangan tak kenal aku nanti bila aku balik kampung jumpa ko nanti......

Tanpa Nama berkata...

sekarang da tahun 2016... ada padang dah ke