TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

25 November 2010

WAHID TIADA MODAL

LEDANG – Mungkin dianggap sesuatu yang pelik apabila sepasang suami isteri tinggal bersama 24 kambing ternakan mereka dalam satu rumah.

Bagaimanapun ia adalah realiti yang menjadi rutin harian bagi Wahid Husin, 58, dan isterinya, Ijah Jaafar, 40, sejak lebih 10 tahun lalu.

Situasi ini berlaku disebabkan mereka tidak mempunyai modal men- cukupi untuk membina kandang kambing ternakan, walaupun itu boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada masyarakat luar kerana tindakannya seperti di luar batasan iaitu manusia tinggal bersama haiwan.

Menurutnya, perasaan sayang dan simpati kepada semua kambing peliharaannya berjaya mengatasi rasa jijik terhadap haiwan itu.

“Saya mula berjinak menternak kambing selepas berhenti bekerja di kilang perabot berhampiran.

“Sekadar suka-suka dengan memelihara dua kambing akhirnya telah membiak sehingga 24 ekor,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Pekan Rawang di sini, baru-baru ini.

Katanya, buat masa ini semua kambing peliharaannya itu bukan bertujuan untuk dijual sehinggalah tiba masa yang sesuai.

“Meskipun kadang kala isteri saya merungut kerana tidak selesa dengan keadaan ini tetapi saya tiada pilihan lain.

“Saya tidak sampai hati membiarkan semua kambing ini terbiar di luar rumah pada waktu malam dan hujan,” katanya.

Wahid berkata, rutin hariannya seperti penternak lain yang mana pada awal pagi dia akan membersihkan najis kambing dan memberi makanan dedak dan rumput kepada haiwan ternakannya itu.

“Sudah masanya kambing ini tinggal dalam kandang kerana bilangannya yang semakin bertambah.

“Saya ingin meminta jasa baik mana-mana pihak yang berkemampuan untuk membantu merealisasi impian saya ini,” katanya.

Menurutnya, dia bercadang untuk membina kandang kambing yang bersesuaian di tanah terbiar di belakang rumahnya.

“Saya berharap dengan adanya kandang ini, kambing ternakan saya akan lebih mudah membiak.

“Pada masa yang sama ia dapat memberi keselesaan kepada saya dan isteri kerana tidak perlu lagi berkongsi rumah dengan kambing,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 25 NOVEMBER 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagi la bantuan kpd pasangan WAHID KAMBING yg gigih ni...inilah masa bagi ubah status Wahid ni dari suka-suka kepada dunia niaga sebenar. pertanian itu perniagaan. harap orang kuat di Ledang tidak hanya baca je berita ni, bergeraklah, berilah bantuan. sekurangkurang sementara ada kuasa ni lah kita gunakan untuk bantu orang susah ni. dapat pahala,satu hari nanti dia tolong kita pulak...