TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

10 April 2012

KETUA KAMPUNG SUDAH MOHON LEBAR JALAN TIGA KAMPUNG


? SAYA mewakili penduduk Kampung Paya Kepong, Parit Timin dan Parit Dahlan, dekat Ledang, Johor memohon tindakan segera daripada pihak berkuasa melaksanakan projek kemudahan untuk kesenangan penduduk kampung bagi membesarkan bahu jalan sekitar kampung kami.

Jalan utama bermula dari Masjid Jamek Paya Kepong, Parit Timin sehingga ke Telok Rimba dekat Sungai Mati, Muar agak sempit dan tidak memuaskan walaupun digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat setiap hari.

Malah pernah berlaku kemalangan di jalan berkenaan hingga mengakibatkan maut kerana ia sempit dan tidak memuaskan dan saya berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan tindakan segera.

LAHIR SEBELUM MERDEKA,

Ledang

MERUJUK kepada masalah yang dikemukakan, jalan sempit yang menghubungkan tiga kampung iaitu Paya Kepong, Parit Sialang dan Telok Rimba sudah dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab ketika mesyuarat peringkat mukim pada tahun lalu.

Antara cadangan dikemukakan termasuk melebarkan seluas satu meter lagi jalan berkenaan kerana ia agak sempit iaitu hanya 3.5 meter ketika ini yang menyebabkan kenderaan berdepan kesukaran terutama ketika berselisih antara satu sama lain.

Perkara berkenaan sudah dimajukan kepada Pejabat Daerah Ledang untuk tindakan lanjut, manakala kerja-kerja pembersihan parit di sebelah jalan itu sentiasa dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Saya juga meminta tuan punya kebun yang berada di tepi jalan terbabit supaya dapat membersihkan laluan berhampiran bagi keselesaan orang ramai yang melaluinya.

ZULKIFLI SHAKOR,
Ketua Kampung Parit Sialang.

SUMBER: BERITA HARIAN, 10 APRIL 2012

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang teruk pun wakil rakyat kita ni.
malu tengok jalan kampung. walau pun johor kubu kuat umno, sebenarnya tak ada ape anak di mintak oleh orang kampung. mintak jalan berpuluh tahun menunggu. dapat la jalan kecik muat satu kereta.macamana....dah puluh tahun merdeka, jalan masih kecik kat kampung tu. sebenarnya lorong je bukan jalan...tengok tengok la orang kampung tu...

Tanpa Nama berkata...

Memang jalann yg tersebut sempit dan keadaan pun tidak elok. Apa yg sedihnya Infra Desa memambak jln tidak sekata. Memang susah utk berselisih dijln tersebut. Kawasan berkenaan di tadbir oleh 3 Ketua Kampong- Paya Kepong, Pt Sialang dan Teluk Rimba. Apakah suara mereka tidak di ambil kira. Mcm mana klu kita org biasa nie. Haraplah diambil tindakan seberapa segera.

mamod ykn berkata...

TANAH 2 EKAR DIDALAM KAW KG PAYAMAS DALAM TANGKAK SEDIA DIMAJUKAN. TAWARAN KEPADA PEMAJU/KONTRAKTOR UNTUK BINA DAN JUAL RUMAH DIATAS TANAH SAYA. LOKASI TANAH SGT STRATEGIK UNTUK PERUMAHAN/TERES/BANGLOW/FLAT 4 TINGKAT/
KEMUDAHAN INFRSTRUKTUR SEPERTI JALAN TAR/TIANG LAMPU/JAMBATAN LAMPU/DEWAN ORANG RAMAI/KEJIRANAN MELAYU/ 200 METER KE JALAN BESAR TANGKAK-SEGAMAT/ MATRIKULASI LEDANG. CALL EN OMAR 011-27632554. PEMAJU DIPELAWA JOINVENTURE BINA DAN JUAL RUMAH.