PENGUNJUNG SETIA

23 April 2012

PKMMNJ LEDANG HULUR SUMBANGAN

 
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Bunga, Muar, Masood Idris, menerima replika cek bernilai RM3,000 untuk Tabung Kecemerlangan Pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) daerah Ledang yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, sambil diperhatikan Pengerusi PKMMNJ Ledang, Zabridin Ahmad.
Cek replika itu disampaikan pada majlis serentak Makan Malam PKMMNJ Daerah Ledang serta Perasmian Penubuhan dan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Koperasi Kontraktor dan Usahawan Melayu Ledang Berhad (KOPMEL), di sini, 20 April lalu.

Pada majlis sama, PKMMNJ Ledang turut menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Serom, RM3,000 kepada Pertubuhan Anak Yatim Islam Daerah Ledang dan RM2,500 kepada Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

Sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh PKMMNJ Ledang.

PKMMNJ Ledang kini dianggotai 113 kontraktor, iaitu 80 peratus daripada jumlah kontraktor Melayu yang ada di daerah ini.
SUMBER: KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM. 23 APRIL 2012

Tiada ulasan: