HARI ini, Sabtu, 19 April 2008 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1429H, sebuah blog yang akan menghimpunkan berita atau maklumat yang berlaku di sekitar Daerah/Parlimen Ledang telah dilancarkan. Blog ini akan memaparkan berita atau maklumat berkaitan pembangunan, majlis-majlis yang dihadiri oleh Wakil Rakyat, idea, pandangan, komen atau apa sahaja bahan selagi ia tidak menyinggung mana-mana pihak atau melanggar etika dan undang-undang. Kami akan memaparkan kegiatan atau majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Johor dan Ahli Parlimen Ledang khasnya, juga ADUN Gambir dan ADUN Tangkak. Sumber-sumber atau bahan berita akan diambil daripada ehsan mana-mana akhbar, jabatan, laman web, maklumat orang perseorangan ataupun berita yang diperolehi oleh blogmaster laman ini sendiri. Sekiranya anda mempunyai maklumat atau info yang hendak disampaikan melalui blog ini boleh emelkan kepada infoledang@gmail.com untuk kami muatkan di INFO LEDANG.
Collaboration request
7 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan