PENGUNJUNG SETIA

30 April 2008

PIBG BOLEH BANTU MURID CEMERLANG

Selatan: PIBG boleh bantu murid cemerlang


Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim samuri sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada Yang Dipertua PIBG, SKPK, Padil Md Amin selepas majlis perasmian.

MUAR: Kehadiran ibu bapa pada mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh meningkatkan lagi komitmen guru dan pengurusan sekolah dalam membimbing dan mendidik murid atau pelajar.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, kehadiran ibu bapa pada mesyuarat agung PIBG bukan saja menyemarakkan lagi semangat guru terhadap tugas mendidik murid atau pelajar, malah boleh mendorong kepada peningkatan kecemerlangan pendidikan di sekolah terbabit.

Beliau berkata, tanggungjawab ibu bapa bukan setakat menghantar anak ke sekolah tanpa melakukan pemantauan terhadap pelajaran mereka sebaliknya harus turut terbabit dalam kegiatan anjuran sekolah.


"Kerjasama ibu bapa menjayakan aktiviti di peringkat sekolah tempat anak mereka belajar penting kerana tindakan itu dapat merangsang anak mengikuti pelajaran sekali gus mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

"Kejayaan anak-anak ini bukan saja membanggakan ibu bapa malah semua pihak sama ada guru dan kakitangan sekolah malah pemimpin masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Kebangsaan Parit Kassan (SKPK) Bukit Gambir, di sini, baru-baru ini.

Sumber: Berita Harian Johor, 30 April 2008

Tiada ulasan: