PENGUNJUNG SETIA

01 Mei 2008

MILIKI ALBUM MARHABAN - EL-HIKMAH

Miliki album marhaban

Oleh ZUARIDA MOHYIN


Kutub Khanah

ALUNAN puji-pujian ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW atau lagu-lagu marhaban masa kini, sekadar didengari sempena sambutan Maulidur Rasul ataupun pada majlis-majlis kelahiran dan khatam al-Quran.

Tambah menyedihkan, ia dilagukan oleh golongan yang sudah veteran, orang lama ataupun yang sudah bersara. Kalaupun ada golongan remaja, jumlahnya boleh dikira jari. Hakikatnya, pembudayaan lagu-lagu marhaban terbatas sekadar di peringkat sekolah agama. Kebiasaannya bakat berzanji dan marhaban di kalangan kanak-kanak ini terhenti sebaik menginjakkan kaki ke sekolah menengah.

Oleh itu, sesuatu yang lebih drastik perlu dilakukan demi memastikan kemahiran ini tidak hilang begitu sahaja. Inilah tanggungjawab dan kewajipan setiap umat Islam agar golongan muda, khasnya supaya mula cenderung atau berminat dengan lagu-lagu marhaban. Tentunya, kita tidak mahu kesenian ini hilang ditelan zaman.

Terpanggil dengan tanggungjawab ini, Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) telah mengambil inisiatif menerbitkan sebuah album marhaban berjudul, Marhaban Ya Nurulaini yang berada di pasaran sejak 15 April lalu.

Album ini mengetengahkan enam anak muda antara usia 24 hingga 27 tahun yang menggelarkan diri mereka kumpulan El-Hikmah yang berasal dari Muar (Ledang), Johor.

Mereka sebelum ini bergiat aktif dalam persembahan marhaban di sekitar negeri Johor.

Kumpulan El-Hikmah dianggotai Md. Fadli Yusof, 27; Mohd. Halim Paboh, 24; Muhamad Hakim Abd. Rahman, 24; Mohd. Solehan Yunus, 25; Fahrudin Jamingan, 26; dan Anuarudin Md. Som, 25 tahun.

Uniknya album ini ialah ia cuba lari daripada kebiasaan dendangan marhaban iaitu secara beramai-ramai dengan memasukkan elemen muzik di dalam lagu-lagu marhaban.

Album ini memuatkan sebanyak sembilan buah koleksi marhaban popular yang disampaikan dalam melodi yang berbeza berserta dua bacaan rawi dan sebuah lagu nasyid bertajuk, Keunggulan Ilmu.

Dua anggota Hijjaz iaitu Faizal Osman dan Munif Ahmad adalah individu yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja penerbitan dan rakaman yang dilakukan di studio Hijjaz.

Marhaban Ya Nurulaini boleh diperoleh secara online di www.hijjazrecords.com.my sama ada dalam bentuk cakera padat ataupun kaset. Ia juga boleh dibeli di kedai-kedai kaset utama dan kedai-kedai buku terpilih.

Judul album: Marhaban Ya Nurulaini bersama El-Hikmah
Penerbit: Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB)
Kumpulan: Kumpulan El-Hikmah
Harga: RM25.90 (cakera padat) dan RM15.90 (kaset)


Sumber: Utusan Malaysia

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ANDA INGIN MENYOKONG EL-HIKMAH BAGI MENGEKALKAN KEDUDUKAN LAGU KUMPULAN INI DALAM CARTA TERATAS DAURAH NASYID MINGGU INI DI RTM1 SETIAP JAM 6.30 PETANG HARI AHAD.

UNDI MELALUI SMS: Taip NMI UNDI EH150 dan hantar ke 32728