Oleh suffian abu bakar
ABDUL Ghani Othman menandatangani plak perasmian Surau Al-Fauzan di Taman Tanjung Gading di Muar, semalam.
MUAR 17 Mei - Kerajaan Johor memerlukan sejumlah RM130 juta dalam tempoh dua tahun bagi membina 90 buah sekolah agama di negeri ini yang permohonannya masih tertangguh.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, peruntukan itu perlu memandangkan jumlah penduduk di negeri ini yang semakin meningkat dan memerlukan pertambahan sekolah-sekolah agama.
Ketika ini, menurutnya, terdapat sejumlah 200,000 pelajar sekolah agama di seluruh Johor yang mendapat pendidikan agama di 500 buah sekolah dengan bantuan 5,000 guru dan kakitangan.
"Kerajaan Johor hanya mampu menyediakan peruntukan sejumlah RM12 juta setiap tahun untuk membina sekolah agama dan jumlah tersebut hanya mencukupi untuk kita menyediakan lapan buah sekolah setahun.
"Disebabkan pertumbuhan penduduk yang semakin ketara di negeri ini, akan sentiasa wujud permohonan baru mendirikan sekolah agama dan ada antara permohonan itu tertangguh disebabkan masalah tadi.
"Berikutan itu, bilangan permohonan sekolah agama itu kini terkumpul dan berjumlah 90 buah dan untuk kita melaksanakan semuanya melalui peruntukan sedia ada, kita memerlukan tempoh 10 tahun dan berkemungkinan akan mengganggu permohonan baru," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau Al-Fauzan dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Taman Tanjung Gading di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri; Pengerusi Surau Al-Fauzan, Abu Bakar Talib dan penceramah jemputan sempena sambutan Maulidur Rasul dari Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Syarifah Haayati Syed Ismail.
Sejumlah 500 buah sekolah agama yang terdapat di negeri ini dikendali sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor termasuk kos pembinaan bangunan sekolah serta pembayaran gaji kakitangan serta guru-guru sekolah.
Sejak 14 tahun lalu, kerajaan negeri memperuntukkan purata sebanyak RM130 juta setahun bagi perbelanjaan di semua sekolah agama termasuk membayar gaji guru-guru.
Menurut Abdul Ghani, peruntukan sebanyak itu diharap dapat merealisasikan usaha kerajaan negeri untuk membina semua 90 buah sekolah yang tertangguh itu dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
"Kerajaan akan berusaha mencari suntikan dana bagi membina semua sekolah ini dan kita yakin peruntukan itu akan dapat diperoleh segera," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia Johor, 18 Mei 2008 (www.utusan.com.my)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan