MB ajak rakyat Johor ikuti siaran langsung dari Belanda
BATU PAHAT: Rakyat Johor diajak mengikuti siaran langsung keputusan penghakiman berhubung pertindihan tuntutan Pulau Batu Puteh antara Malaysia dengan Singapura di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jumaat ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Ghani Othman, berkata keputusan penghakiman di The Hague, Belanda berhubung tuntutan itu dianggap agak luar biasa kerana ia membabitkan kedaulatan negara.
Sehubungan itu, beliau berkata, segenap lapisan masyarakat terutama penduduk Johor harus meluangkan sedikit masa untuk mengikuti siaran langsung keputusan penghakiman itu.
“Mana yang berkesempatan, silalah tengok siaran langsung itu yang mungkin disiarkan pada waktu pagi kerana saya difahamkan keputusan akan diumumkan pada jam 4 petang di Belanda.
“Rakyat harus mengetahui perkembangan itu kerana saya percaya ada ulasan selari dari sana dan ini akan menambah pengetahuan anda mengenai kes tuntutan Pulau Batu Puteh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Negeri Johor 2007 di Kampung Sungai Lurus, Senggarang, di sini, petang kelmarin.
Abdul Ghani berkata, seluruh rakyat Johor harus mendoakan supaya keputusan itu memihak kepada Malaysia kerana ia bukan saja mengembalikan hak Johor ke atas pulau berkenaan, tetapi juga membabitkan kedaulatan negara.

Sumber: Harian Metro, 19 Mei 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan