MUAR 16 April - Seramai 35 ahli kelab permotoran Faceless Motor Club (FMC) menyertai program amal menyampaikan sumbangan kepada dua pusat kebajikan di Tangkak di sini baru-baru ini.
Program yang diadakan pada Ahad lalu itu berlangsung di Rumah Orang-orang Tua Tangkak serta Asrama Putera dan Puteri, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Muar (PKAYIM), di sini.
Pengerusi FMC, Razali Yacob, 40, berkata, konvoi tersebut disertai 25 buah kereta ahli kelab yang bermula dari pejabat kelab itu di Bukit Gambir menuju ke Tangkak dan kemudian ke Muar.
Setiap ahli, katanya, bersama keluarga masing-masing menyertai program amal itu menemui lima warga emas di Rumah Orang Tua Tangkak serta 94 anak-anak yatim bagi menyampaikan sumbangan.
"Program amal ini adalah salah satu daripada aktiviti FMC dan ia merupakan kesinambungan pada program amal yang telah dilaksanakan pada Disember 2007 iaitu membantu mangsa banjir di Kundang Ulu, Bukit Kepong dan Lenga.
"Tujuan program ini bagi mengisi masa lapang ahli di samping menjalinkan hubungan mesra dan silaturahim di antara ahli-ahli kelab dengan warga emas dan anak-anak yatim yang dikunjungi," katanya.
FMC yang ditubuhkan sejak 25 Mac tahun lalu merupakan sebuah kelab permotoran yang dianggotai lebih 50 ahli dan antara aktiviti yang telah dianjurkan termasuk konvoi, gotong-royong dan kegiatan kebajikan.
Razali berkata, aktiviti kemasyarakatan yang diadakan ini merupakan satu tanggungjawab sosial kelab yang tidak hanya tertumpu kepada kegiatan riadah atau keseronokan sahaja.
"Kami berharap program seperti ini dapat melahirkan rasa simpati di kalangan ahli kerana mereka dapat melihat sendiri kehidupan warga emas yang tinggal di rumah kebajikan dan asrama anak yatim," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia 17 April 2008 (www.utusan.com.my)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan