TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

09 Mac 2013

420 TONG SISA PEPEJAL MUDAH ALIH DIAGIH

Ledang: Sebanyak 420 tong sisa pepejal mudah alih diagihkan kepada pemilik premis perniagaan dan perumahan sekitar Tangkak di sini, dalam usaha menjadikan persekitaran bandar itu sentiasa bersih.

Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak (MDT) Ab Han Ramin berkata, objektif utama pengedaran tong sampah itu untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai berkaitan kaedah pembuangan sampah lebih sempurna.

“Penggunaan tong sampah sesuai, seragam, tahan lasak dan mesra alam memberi keselesaan kepada penduduk membuang sampah sekali gus memelihara alam sekitar.

“Bersesuaian visi menjadikan MDT sebagai perbandaran maju dan tersohor menjelang 2015, bandar Tangkak dipilih sebagai projek perintis mengamalkan cara pengurusan sampah yang betul selain mengelakkan pembuangan sampah secara haram.

“Pada peringkat awal, pelaksanaan penggunaan tong sampah mudah alih dilakukan di premis perniagaan di jalan utama meliputi Jalan Solok, Jalan Muar, Jalan Payamas dan Jalan Sialang,” katanya pada Gerak Mesra Zon Bandar Tangkak 2013 dan Penyampaian Tong Sampah Baru di Perhentian Bas dan Teksi Bandar Tangkak.

Program berkenaan anjuran bersama MDT, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Southern Waste Management Environment Sdn Bhd (SWM).

SUMBER: HARIAN METRO, 09 MAC 2013

Tiada ulasan: