TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

01 Mac 2013

ANWAR SALAHKAN KERAJAAN MALAYSIA KEJADIAN DI LAHAD DATU

LEDANG 1 Mac - Tanpa menghiraukan keikhlasan, tawaran damai dan peluang yang diberikan kerajaan Malaysia terhadap kumpulan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, sebelum berlakunya pertempuran pada hari ini sehingga mengakibatkan dua anggota keselamatan terkorban, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku.

Beliau berkata, kerajaan lambat bertindak dalam hal tersebut dan merasa hairan bagaimana kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu mampu meloloskan diri ke negara ini. 

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong parti pembangkang di Batu 3, Tanjung Gading, di sini malam ini.

Kenyataan Ketua Pembangkang itu seolah-olah cuba menutup laporan agensi berita asing, Reuters sebelum ini yang mendakwa pencerobohan tentera Kesultanan Sulu itu dilakukan atas jemputan pemimpin pembangkang dari negara ini.

Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina dilaporkan berkata, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah susulan jemputan tersebut. - UTUSAN

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 01 MAC 2013

Tiada ulasan: