TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

10 Mac 2013

PEMBANGKANG BERKEMPEN TABUR FITNAH

LEDANG 9 Mac - Kempen oleh parti pembangkang terutama DAP kini semakin agresif dengan melemparkan tohmahan dan menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan bagi sokongan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, rakyat perlu berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan taktik kotor itu kerana ia hanya akan memecah-belahkan keharmonian kaum.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu katanya, menafikan kebaikan dan kebajikan kerajaan melalui pelbagai bentuk bantuan secara langsung atau tidak langsung antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Bantuan Awal Persekolahan.

"Mereka sebut-sebut dalam kempen, kerajaan dan UMNO jahat, ambil wang rakyat. Kita sebagai kerajaan menjaga amanah yang diberi. Pembangkang menaikkan semangat benci dan tak suka kepada kerajaan, ini menimbulkan suasana tidak sihat.

"Kita harap rakyat boleh pertimbangkan melalui pemikiran rasional dan mengenepikan sentimen untuk tentang kerajaan. Banyak fitnah yang dilakukan terhadap kita," katanya pada majlis pecah tanah tapak untuk dewan serbaguna masyarakat India di Ladang Tanah Merah, Tangkak, di sini semalam.

Abdul Ghani berkata, pembangkang tidak mempunyai tempat di negeri ini dan rakyat tidak seharusnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mendapat kerusi di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri kerana ia akan mengubah banyak perkara dan negara menjadi tidak tentu hala.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 10 MAC 2013

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KENAPA TOK GANI KATA TABOR FITNAH!
TOK GANI JGN RASA SELESA SANGAT. DUN SEROM BOLEH MELAYANG TAU. TOK GANI ADA GI TANYA ORG KAMPONG.ORANG KAMPONG DAH MUAK, DAH JEMU. MEREKA DAH LAMA PERIH SUSAH DAN SENGSARA.NAK BELI BERAS PUN SUSAH. MAKAN DAGING/AYAM/IKAN SEBULAN SEKALI PUN SUSAH...TOK GANI PERNAH AMBIK TAU KE APA MEREKA NAK...MEREKA NAK PERUBAHAN, NAK TENGOK MUKA BARU DAN ALIRAN BARU...MEREKA KATA CUKUP LA ...DAH MUAK....