TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

10 Mac 2013

RM1.25 JUTA BINA DEWAN MASYARAKAT INDIA LEDANG

LEDANG 9 Mac - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM1.25 juta bagi membina dewan serbaguna masyarakat India di Ladang Tanah Merah, Tangkak di sini untuk memenuhi keperluan kira-kira 8,000 orang masyrakat itu menjalankan aktiviti mereka.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, dewan itu akan dibina di kawasan seluas kira-kira dua hektar berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tanah Merah yang kedudukannya tidak sampai dua kilometer dari Jalan Tangkak-Segamat.

"Kerajaan juga akan menaik taraf jalan masuk dari jalan besar iaitu Jalan Tangkak-Segamat sepanjang 1.5 kilometer ke dewan itu. Buat permulaan kita salurkan RM250,000 dan selebihnya secara berperingkat mengikut perkembangan projek.

"Tapak untuk dewan ini adalah sebahagian daripada kira-kira tanah seluas empat hektar yang dibeli kerajaan negeri untuk keperluan penduduk di sini. Daripada jumlah itu, 1.2 hektar untuk SJKT itu dan 0.8 hektar untuk kuil manakala selebihnya untuk dewan ini," katanya ketika berucap sebelum majlis pecah tanah pembinaan dewan itu, dekat sini semalam.

Selepas itu Menteri Besar diiringi Pengerusi Perhubungan MIC Johor, Datuk K.S. Balakrishnan dan Ketua MIC Bahagian Ledang, A.K. Mooruhaya meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat kuil dan SJKT berkenaan.

Abdul Ghani berkata, walaupun lokasi berkenaan agak jauh dari bandar Tangkak, namun pihaknya percaya kawasan berdekatan akan membangun dalam masa lima tahun lagi melalui pembinaan rumah kedai dan taman perumahan.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 10 MAC 2013

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

USAH LAYAN LA KAUM NI. BUAT JE BENDA LAIN DGN DUIT TU, DAPAT PAHLA LEBIH.
DIA ORANG NI BUKAN KENANG BUDI PUN.