TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

12 Mac 2013

KERAJAAN NEGERI AKAN BINA 10 HINGGA 26 BUAH DEWAN SERBAGUNA MASYARAKAT INDIA

ABDUL Ghani Othman melakukan upacara simbolik pecah tanah Dewan Serbaguna Masyarakat India di Ladang Tanah Merah, Tangkak, Ledang, Johor, baru-baru ini. 
 
LEDANG 11 Mac - Kerajaan negeri akan membina antara 10 hingga 26 buah dewan serbaguna untuk kegunaan masyarakat India di negeri ini bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti kemasyarakatan supaya kegiatan atau program mereka tersusun dan teratur.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, dengan adanya kemudahan asas itu, masyarakat India tidak perlu lagi menyewa pada harga yang mahal untuk menjalankan kegiatan atau aktiviti sosial.

"Salah satunya kita akan bina di tengah-tengah bandar Muar walaupun kita tahu tapak untuk membinanya bukan mudah untuk dicari," katanya ketika berucap sebelum majlis pecah tanah Dewan Serbaguna Masyarakat India di Ladang Tanah Merah, Tangkak dekat sini baru-baru ini.

Dewan tersebut yang menelan kos RM1.25 juta dibina di kawasan seluas dua hektar bersebelahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tanah Merah untuk keperluan kira-kira 8,000 penduduk India di sini. 

Selepas itu, Abdul Ghani diiringi Pengerusi Perhubungan MIC Johor, Datuk K.S. Balakrishnan dan Ketua MIC Bahagian Ledang, A.K. Mooruhaya meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat kuil dan SJKT berkenaan.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri sentiasa bertemu dengan wakil parti politik atau persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketua-ketua agama kaum India untuk mengetahui keperluan dan kebajikan mereka terutama yang membabitkan kemudahan asas.

"Walaupun kerajaan tidak dapat menunaikan 100 peratus tuntutan kaum India dalam masa singkat tetapi segala bentuk kemudahan asas sudah disediakan dan menambah baik lagi keperluan yang ada. Contohnya di Tangkak, sebuah kuil sedang dibina dengan kos RM500,000 ditambah RM100,000 baru-baru ini bagi memastikan bangunan itu siap," katanya.

Sementara itu, Mooruhaya berkata, kerja-kerja membina dewan itu akan bermula bulan hadapan serta mengambil masa setahun untuk disiapkan dan kapasitinya boleh menampung sehingga 1,500 orang dalam satu masa.

Katanya, penduduk India di sini menantikan pembinaan dewan itu sejak 10 tahun lalu dan merupakan satu keperluan mendesak kerana sebelum ini mereka tidak mempunyai tempat untuk kegiatan kemasyarakatan.

Beliau berkata, dewan berkenaan bukan sahaja akan diguna oleh komuniti India di ladang tersebut tetapi seluruh masyarakat di sini kerana turut memuatkan tiga gelanggang untuk aktiviti sukan.

Mengenai lawatan Abdul Ghani ke SJKT itu, beliau berkata, pihak sekolah memohon RM320,000 untuk kerja-kerja menaik taraf dan masalah tersebut akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri melalui MIC Pusat kerana Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai peruntukan khas untuk sekolah-sekolah Tamil.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 12 MAC 2013

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK PAYAH BAGI BANYAK2 KPD KAUM I NDIA NI. DIA BUKAN TAAT SETIA PADA TANAH AIR. JANGAN BAGI MUKA PUN. ADA DIA TOLONG KITA. PENIPU,PEMBOHONG.PENGACAU. PEROSAK. pandai MUKA2. JANGAN LAYAN LA. BANYAK LAGI KAUM LAIN YG PERLU BANTUAN.