TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

08 Mac 2010

JALAN RAYA EMPAT LORONG SEGAMAT - TANGKAK DIBINA TAHUN HADAPAN

Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor

Dibuka...Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman merasmikan pembukaan jalan baru Sengkang -Kampung Teratai di Ledang, Sabtu lalu.
Dibuka...Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman merasmikan pembukaan jalan baru Sengkang -Kampung Teratai di Ledang, Sabtu lalu.

LEDANG: Projek jalan raya empat lorong yang menghubungkan Segamat - Tangkak akan dimulakan pada tahun hadapan, demikian kata Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman.

Menurut Abdul Ghani, projek itu adalah antara perancangan kerajaan negeri bagi memastikan keselesaan penduduk di daerah berkenaan yang sudah lama menginginkan sebuah jalan raya baru.

"Kerajaan negeri peka dengan masalah penduduk dan saya juga memberikan perhatian kepada pembangunan Segamat kerana daerah ini terpisah jauh daripada laluan Lebuhraya Utara Selatan."

"Apabila projek ini siap, penduduk di Segamat dapat menjimatkan masa sekiranya mereka mahu ke Johor Bahru atau Kuala Lumpur tanpa perlu melalui bandar Tangkak."

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian, di sini Sabtu lalu.

Jalan berkenaan mula dibina pada 4 September 2007 dan siap pada 23 Januari 2010, iaitu tiga bulan lebih awal dari tarikh jangkaan.

Di samping itu juga, Abdul Ghani turut berkata kerajaan negeri telah mengemukakan beberapa projek besar kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Tambah beliau, sekiranya projek-projek tersebut mendapat kelulusan dari kerajaan pusat, ia bukan sahaja dapat mengukuhkan ekonomi negara malah turut membantu dalam memesatkan pembangunan di negeri ini.

"Sekiranya permintaan itu dipenuhi, Johor akan menjadi lebih kukuh dan kita akan menempa pembangunan yang lebih pesat lagi."

Dalam ucapannya, Abdul Ghani turut memberi jaminan bahawa projek pembangunan yang dirancang tidak hanya tertumpu di Iskandar Malaysia, malah akan meliputi daerah-daerah lain di Johor.

SUMBER: KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY 08 MAC 2010

Tiada ulasan: