TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

08 Mac 2010

MENGADU TIDAK SELESA: GHANI JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN

JOHOR BAHRU 7 Mac — Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan biasa di Hospital Pakar Johor selepas mengadu tidak selesa ketika bermain golf di Royal Johor Country Club.

"Beliau berasa tidak selesa pada 8.45 pagi ketika bermain golf dan dihantar ke Hospital Pakar Johor untuk menjalani pemeriksaan biasa,” kata setiausaha akhbarnya, Mat Saodi Attar ketika dihubungi.

Beliau memberitahu Abdul Ghani telah diminta oleh pegawai perubatan hospital untuk berehat dan dibenarkan keluar hospital pada 12.56 tengah hari.

Petang semalam, Abdul Ghani merasmikan projek jalan raya Sengkang Batu 20-Kampung Teratai di Bukit Gambir, Ledang sebelum bergegas balik untuk bersama-sama penduduk Johor Bahru menyaksikan Perarakan Chingay di pusat bandar.

Abdul Ghani dan isterinya, Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin kelihatan ceria semasa menyaksikan perarakan tersebut yang berakhir kira-kira 12 tengah malam.

Jamilah yang sempat ditemui di hospital itu berkata, suaminya agak letih disebabkan jadual kerja yang padat sejak sebulan lalu.

"Beliau hanya letih kerana mempunyai jadual padat sejak sebulan lalu. Jangan bimbang. Beliau hanya perlu berehat,” katanya. — Bernama

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 08 MAC 2010

Tiada ulasan: