PENGUNJUNG SETIA

29 Jun 2010

KAMI SUDAH LALI

LEDANG - Penduduk di Kampung Ponorogo di sini, sudah lali dengan banjir yang kerap melanda kawasan kediaman mereka.

Salah seorang mangsa banjir, Ramlah Abdul Hamid berkata, insiden rumahnya dinaiki air ketika hujan lebat bukan sesuatu yang luar biasa malah ahli keluarganya sentiasa bersedia menghadapi banjir pada bila-bila masa.

“Jika hujan lebat sehari semalam, rumah kami mesti dimasuki air dan kami menghadapinya dua kali setahun.

“Jika banjir kilat, kami sekeluarga hanya mampu menghadapinya dengan sabar dan sementara menunggu air surut kami akan bermalam di surau,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pusat pemindahan sementara mangsa banjir iaitu di Surau Kampung Ponorogo di sini, semalam.

Seorang lagi mangsa banjir, Khayati Sarindin berkata, banjir kilat yang sering menimpa kampung ini menyebabkan beliau kerugian harta benda termasuk perabot.

“Kami harap pihak berkuasa memberi bantuan dari segi kewangan bagi membaiki rumah yang rosak akibat banjir.

“Kami tidak mampu untuk membaiki rumah yang rosak akibat banjir kerana ia sering berlaku di kampung ini,” katanya.

Walaupun banjir sudah tiga hari berlaku, tinjauan Sinar Harian mendapati air masih belum surut di mana pihak Jabatan Kerja Raya Ledang terpaksa memasang pancang penanda aras banjir di kawasan yang kritikal.

Selain rumah kediaman, jalan utama ke kampung itu yang turut dinaiki air menyukarkan laluan penduduk kampung untuk keluar bekerja dan ke sekolah.

Ketua UMNO Cawangan Parit Ponorogo yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) Parit Bunga, Isnin Mansor berkata, lapan keluarga mangsa banjir di sini mungkin dibenarkan pulang ke rumah pada esok hari jika banjir surut.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 29 JUN 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tTENGOKLA BERAPA LAGI PENDUDUK DI SINI TAHAN KENA BANJIR. NAK TUNGGU YB HAMIM ATASI MASALAH NI, BERPULUH TAHUN LAGI LA. NAK TUNGGU ADUN, LAGI TERUK, LANGSUNG TAK DIPEDULIKANNYA. NASIB LA JADI ORANG KAMPUNG.

Riniey Ariannie berkata...

salam..

Susulan daripada berita ini, ada disertakan kenyataan daripada Pegawai Daerah Ledang, Tuan Amran Abd Rahman di mana ada peruntukan dalam RMK-10 bagi mengatasi masalah banjir ini. Harap dapat disertakan di blog ini supaya ianya tidak nampak berat sebelah..