TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

21 Jun 2010

BAHAN KIMIA RAWAT SUNGAI SKUDAI

LEDANG - Penggunaan teknologi mikro-organisme berkesan (EM) bagi merawat air sungai akan diperluas ke Sungai Skudai yang tercemar teruk tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata, ini berikutan hasil positif di Sungai Segget yang menunjukkan penurunan indeks kualiti airnya, (suatu ketika berada di tahap serius sehingga tiada hidupan air boleh hidup), selepas menerima rawatan bahan kimia itu beberapa tahun lalu.

“Saya yakin Sungai Segget akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi dan membolehkan hidupan air untuk hidup di sungai itu,” katanya, semalam.

Program pembersihan Sungai Segget, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau pernah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), tetapi sukar dilaksanakan kerana membabitkan kos yang tinggi.

Penggunaan bebola EM didapati lebih murah kerana diperbuat daripada campuran sekam padi, dedak serta hampas kelapa sawit dengan cecair bahan kimia itu yang mengandungi tiga mikrob utama sedia ada dalam semua persekitaran iaitu bakteria asid laktik, bakteria fototropik dan ragi.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Ghani berkata, Sungai Mati di Pulau Penarik yang berada di tahap pencemaran dua mata mengikut kiraan indeks kualiti air terbaru, menerima rawatan EM hari ini dan kualiti airnya dijangka bertambah baik dalam tempoh enam bulan.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 21 JUN 2010

Tiada ulasan: