PENGUNJUNG SETIA

16 Jun 2010

PBBKS3 SEDIA HADAPI CABARAN GLOBALISASI

SAGIL - Persatuan Belia Bestari Kampung Sagil Parit 3 (PBBKS 3) sering mengadakan pelbagai aktiviti bagi melahirkan golongan belia berketerampilan dan berdaya saing menghadapi cabaran globalisasi.

Pengerusinya, Azraime Abu Baidah berkata, persatuan itu ditubuhkan pada 15 September 2009 dan sehingga kini mempunyai 707 ahli berdaftar.

Menurutnya, persatuan berkenaan mempunyai kekuatan mengadakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada belia di kampung itu.

“Antara aktiviti yang dianjurkan ialah kelas tuisyen bagi pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Mereka diberikan latihan tubi soalan lepas bagi membiasakan diri dengan suasana peperiksaan sebenar,” katanya.

Katanya, mereka juga diberikan motivasi sebagai suntikan semangat sebelum menduduki peperiksaan yang dikendalikan pakar motivasi berpengalaman.

Azraime berkata, persatuan belia berkenaan juga aktif kegiatan ternakan dan kini menternak 500 kambing.

“Melalui cara ini, ia mampu menarik minat belia menceburi bidang ternakan sebagai salah satu sumber pendapatan,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 16 JUN 2010

Tiada ulasan: