PENGUNJUNG SETIA

30 Jun 2010

KELAB RD GIAT JALANKAN KERJA AMAL

KG KESANG TASEK - Atas tanggungjawab dan kesedaran sosial, Kelab RD Malaysia cawangan Johor, giat menjalankan kerja amal kempen keselamatan jalan raya dan anti dadah di seluruh negeri Johor.

Terbaru, Kelab RD cawangan Johor telah menjelajah daerah Ledang bagi mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Anti Dadah sempena sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran di sini.

Pengerusi Kelab RD Malaysia Cawangan Johor, Mohd Sarman Tokiman berkata, Kelab ini sentiasa komited menerima jemputan program memberi kesedaran kepada masyarakat terutama golongan belia mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.

“Selain melihat pameran motosikal berkuasa tinggi, pengunjung berpeluang memperoleh maklumat kepentingan keselamatan jalan raya disampaikan ahli kelab ini.

“Kami berharap institusi pendidikan lain mencontohi usaha Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Ledang yang prihatin dalam memberi pendidikan keselamatan jalan raya dan anti dadah kepada pelajar melalui pendekatan kelab motosikal seperti Kelab RD Malaysia yang memang dikenali dengan program amal dan kemasyarakatan,” katanya.

Sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Lughatul Quran, Ledang telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri.

Selain pameran motosikal berkuasa tinggi oleh Kelab RD Malaysia, pelbagai aktiviti seperti forum perdana, derma darah, khidmat masyarakat, pemeriksaan kesihatan, pertandingan merwarna untuk kanak-kanak turut diadakan.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 30 JUN 2010

Tiada ulasan: