PENGUNJUNG SETIA

16 Jun 2010

MDT TAWAR DISKAUN KOMPAUN 70 PERATUS


JALAN DATARAN 2 -
Orang ramai diberikan pengurangan kompaun 70 peratus bagi bayaran cukai atau kompaun tertunggak dengan Majlis Daerah Tangkak (MDT) sempena perayaan ulang tahun ke-2 perisytiharan daerah Ledang.

Yang Dipertua MDT, Amran Abd Rahman berkata, pengurangan itu sebagai simbolik keprihatinan pihak pentadbiran mengurangkan beban masyarakat di daerah berkenaan.

Menurutnya, masyarakat perlu merebut peluang ini dengan membuat pembayaran segera di kaunter pembayaran bermula pertengahan Jun hingga pertengahan Julai depan.

“Sempena ulang tahun ke-2 dan perisytiharan daerah Ledang sebagai daerah ke-10 di Johor, buat julung kali diadakan besar-besaran pelbagai aktiviti menarik selama sebulan.

“Perisytiharan daerah ini bertepatan dengan keistimewaan legenda Gunung Ledang sebagai daya tarikan pelancongan di Johor khususnya di Ledang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri berkata, masyarakat di sini perlu bekerjasama bagi menjadikan daerah itu aman dan sejahtera.

“Kini kami juga berusaha menjadikan daerah ini bebas jenayah dan menjadi daerah maju,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 16 JUN 2010Align Center

Tiada ulasan: