PENGUNJUNG SETIA

02 Julai 2010

HUMBAN SAMPAH SARAP TEPI JALAN

SEGELINTIR penduduk membuang sampah di jalan masuk Kampung Parit Kerinci dan Parit Ghani dekat Bukit Gambir.
HAI ROZZAMAN JALAL | BERITA HARIAN

LEDANG: Sikap segelintir penduduk taman perumahan pekan Bukit Gambir yang membuang sampah di kawasan berhampiran laluan pengguna ke kampung di sini, dikesali kerana bukan saja mengotorkan, malah menyebabkan merebak penyakit berjangkit.

Walaupun pihak berkuasa tempatan meletakkan papan tanda amaran di kawasan itu, ia tidak diendahkan kerana kegiatan membuang sampah terus berlaku.

Tinjauan Edisi Johor mendapati longgokan sampah sarap diletakkan di tepi jalan dari Bandar Baru Bukit Gambir berhampiran simpang tiga ke Kampung Parit Kerinci, Parit Ghani dan Parit Raja yang dipercayai dibuang oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Penduduk, Fadli Bakar, 28, berkata beliau kesal dengan sikap dan perbuatan segelintir penduduk taman perumahan di Bukit Gambir yang dengan sewenang-wenangnya membuang sampah di tepi jalan masuk ke kampung berhampiran.

Katanya, walaupun kawasan itu sebahagian tapak perumahan yang belum dibangunkan, ia menjejaskan kebersihan persekitaran, lebih-lebih lagi ia laluan utama penduduk ke pekan Bukit Gambir dan sebaliknya.

“Kegiatan membuang sampah sarap di tepi jalan ini lama berlarutan dan boleh dikatakan setiap hari ada saja timbunan sampah yang berlonggok di situ ” katanya ketika ditemui di sini.

“Walaupun papan tanda amaran telah dipacak sejak dulu namun tidak diendahkan mereka sehingga menjejaskan persekitaran jalan masuk itu selain menimbulkan pencemaran, ” katanya ketika ditemui di sini.

Fadli berkata, tindakan perlu dikenakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini kerana selain melakukan pencemaran, mereka juga melanggar amaran yang dikeluarkan.

SUMBER: BERITA HARIAN EDISI JOHOR, 02 JULAI 2010

Tiada ulasan: