PENGUNJUNG SETIA

26 Julai 2010

MENJANA INSAN TERBILANG

TANGKAK – Karnival Kokurikulum Matrikulasi Ke-10 (KAKOM) yang dilancarkan di Kolej Matrikulasi Johor di sini, semalam, adalah usaha dalam menjana insan terbilang terutamanya peringkat sekolah yang aktif dalam kokurikulum, .

KAKOM ke-10 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia II, Mohd Puad Zarkashi.

Turut hadir, Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Ledang, Ir Hamim Samuri; Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Sariah Abd. Jalil; dan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, Abdullah Mohd Idris.

“Matlamat KAKOM dianjurkan adalah kerana ingin melahirkan masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar yang mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal bagi memantapkan lagi modal insan masyarakat Malasysia.

“Di Malaysia, sukan amat berpontensi tinggi dan mampu untuk menjana ekonomi negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan pelbagai aspek lain serta dapat memyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

“Pendedahan awal perlu diberikan pada peringkat sekolah lagi di mana pihak kerajaan dan pihak yang terlibat perlu berganding bahu dalam menjayakan matlamat negara untuk melahirkan atlet negara bertaraf antarabangsa” katanya Mohd Puad.

Pihak kementerian katanya, menyedari bahawa sukan merupakan kaedah yang terbaik bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mencapai perpaduan pelajar berbilang kaum dan menjadikan sistem persekolahan Malaysia sebagai sistem yang terbaik berbanding dengan negara lain.

Katanya, kementerian turut memberi peruntukan sebanyak RM89 juta dalam memastikan kemudahan dan infrastruktur di sekolah sama ada sekolah sukan ataupun sekolah biasa dipenuhi bagi keselesaan dan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bersukan.

“Kemudahan dalam infrastruktur sukan akan dibekalkan kepada semua sekolah bagi mengalakkan minat pelajar untuk bersukan sehingga ke peringkat kebangsaan seterusnya antarabangsa.

“Pembinaan dua sekolah sukan di Kuantan, Pahang dan Kota Kinabalu, Sabah turut dilakukan bagi mencungkil lebih ramai pelajar yang berpotensi ke peringkat global dan dalam menyediakan latihan yang lebih efektif,” katanya.

Menurutnya, tenaga pengajar kepada sekolah sukan akan turut diberikan latihan bagi mendapat jurulatih yang berkemampuan dan pakar dalam bidang sukan yang dipegang oleh mereka seterusnya dapat memberikan latihan yang mantap kepada pelajar sekolah berkenaan.

Generasi muda adalah penggerak kepada pembangunan negara dan perlu dibekalkan dengan ketahanan mental dan fizikal.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 26 JULAI 2010

Tiada ulasan: