PENGUNJUNG SETIA

05 Julai 2010

MB: UMNO PERLU KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ASAL

Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor


Penghargaan...Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman menyampaikan    anugerah Tokoh Veteran UMNO Bahagian Ledang kepada Raja Ali Raja Ahmad    di majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di Dewan Jubli   Intan  Sultan Ibrahim, Ledang.


Penghargaan...Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman menyempaikan anugerah Tokoh Veteran UMNO Bahagian Ledang kepada Raja Ali Raja Ahmad di majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Ledang.


TANGKAK : UMNO akan sentiasa mendapat sokongan rakyat sekiranya ia bergerak landasan perjuangan sebenar serta sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan setiap lapisan rakyat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata UMNO juga akan dilihat sebagai parti pilihan sekiranya ia mampu menangani pelbagai isu yang dihadapi rakyat secara berkesan.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, biarpun senario politik tanah air telah banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008, UMNO masih mampu mengembalikan keyakinan rakyat jika ahlinya bersatu padu dan lebih bersedia menghadapi ancaman yang ada di depan mereka.

''Saya percaya selagi UMNO memahami, mendekati dan memenuhi aspirasi rakyat jelata, maka UMNO akan berada dalam keadaan kukuh untuk diterima rakyat jelata.''

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, , di sini semalam.

Dalam ucapannya, Abdul Ghani mengingatkan ahli UMNO di negeri ini terhadap ancaman parti pembangkang yang berhasrat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di negeri ini dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

''Mereka mendakwa mahukan perubahan untuk menjadikan negara lebih bebas, adil dan lebih maju. Namun mereka gagal melihat bahawa negara yang sudah merdeka lebih 50 tahun sebenarnya sudah memberikan kebebasan, keadilan dan kemajuan kepada rakyat,'' katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ledang.

Jelas beliau, kedudukan UMNO Johor selaku kubu parti di peringkat negara perlu terus dipertahankan bagi memastikan parti itu terus menjadi tunjang kepada BN yang sudah terbukti berjaya mentadbir negara dengan baik.

“Justeru, saya menyeru UMNO agar bersatu dan kembali kepada perjuangan asal, iaitu membela juga orang Melayu dan juga seluruh rakyat,” katanya.

SUMBER: MEDKOM.MY 5 JULAI 2010

Tiada ulasan: