TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

01 Julai 2010

BUKA EMPANGAN ELAK BANJIR KILAT


SENGKANG - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa bertindak membuka empangan di Sawah Ring jika berlaku hujan lebat bagi mengelakkan kawasan kampung di sini dilanda banjir kilat.

Ketua Kampung Sengkang Batu 20, Adi Omar berkata, masalah banjir yang melanda kampungnya itu apabila hujan lebat dipercayai disebabkan air yang melimpah daripada sekatan empangan sawah padi di Sawah Ring milik JPS.

“Jika hujan lebat, air akan mula naik ke dalam rumah disebabkan limpahan dari empangan di Sawah Ring.

“Oleh itu, saya berharap JPS memainkan peranan membuka empangan berkenaan jika hujan lebat bagi mengelak banjir kilat berlaku di kampung kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan itu mendapati, walaupun tiada hujan lebat namun masih ada kawasan yang ditenggelami air banjir yang berlaku awal minggu ini dan tidak surut.

Beliau berkata, selain faktor empangan berkenaan, masalah perparitan di sepanjang kampung iaitu dari Kampung Hang Tuah ke Kampung Sawah Ring yang sempit menjadi punca berlakunya banjir.

“Saya akan membangkitkan usul supaya parit di kawasan itu diperdalamkan pada mesyuarat Jabatan Pembangunan Mukim-Mukim (JPMM) yang diadakan setiap tahun.

“Namun saya difahamkan, JPS hanya menjalankan kerja-kerja menggali parit jika ada peruntukan. Oleh itu pemimpin harus memainkan peranan mengenai peruntukan berkenaan,” katanya.

Selain perlu mendalamkan parit, beliau menggesa JPS supaya membersihkan parit yang ditumbuhi banyak rumput.

Menurutnya, terdapat kira-kira tiga rumah di kawasan kampungnya yang sering dilanda banjir ketika hujan.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 01 JULAI 2010

1 ulasan:

Fakeh berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA