PENGUNJUNG SETIA

07 Julai 2010

MDT SETUJU BERI PERUNTUKAN LAMPU

SAGIL - Majlis Daerah Tangkak (MDT) bersetuju untuk memberi peruntukan pemasangan lampu jalan sepanjang Jalan Sagil – Segamat bermula dari hadapan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Ledang sehingga simpang tiga di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil, di sini.

Pegawai Daerah Ledang, Amran Abd Rahman berkata, pihaknya meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) memasang lampu jalan di sepanjang jalan terlibat.

“Dengan adanya kemudahan lampu jalan ini, ia akan memberi kemudahan pencahayaan di kawasan itu dan difahamkan, TNB akan memasang lampu jalan tersebut dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai cadangan penduduk supaya simpang tiga di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil itu diletakkan lampu isyarat, Amran berkata, cadangan itu masih dalam kajian.

“Jika pengguna jalan raya memandu mengikut had laju dan ditetapkan dan berhemat di jalan raya, kemalangan jalan raya boleh dielakkan,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan keluhan Penduduk Kampung Sagil yang berharap pihak berkuasa tempatan dapat memberi peruntukan menyediakan lampu isyarat di persimpangan tiga di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil dan Jalan Kampung Sagil.

Ini disebabkan persimpangan tiga itu sering berlaku kemalangan tidak kira pada waktu siang atau malam kerana tiada lampu isyarat.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 07 JULAI 2010

2 ulasan:

My Name Is Han berkata...

jalan pt. turun - pt kassan - sagil bile plak..?? huhu..janji tinggal janji je laa...

Tanpa Nama berkata...

Sok dah ada lampu isyarat tu jangan la dok jakun sangat pi jalan terus bila lampu merah ye.. biasa la orang kg, helmet pun tak pakai pg mana2 naik moto.....Buat abis diut gomen je pasang lampu tu....