PENGUNJUNG SETIA

11 Jun 2011

PENDUDUK JANGAN PANIK


LEDANG: Penduduk tempatan di sekitar Bukit Gambir dan Sengkang di sini, dinasihatkan supaya tidak panik dengan rusuhan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), malam kelmarin, hingga menyebabkan 21 pelatihnya melarikan diri.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, daripada jumlah itu, 16 berjaya ditahan semula manakala lima lagi sedang dikesan.

Sehubungan itu, Hamim menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang kerana polis sedang melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan baki pelatih terbabit.

"Saya yakin dengan kecekapan dan kepakaran polis, baki pelatih terbabit akan ditemui dalam masa terdekat.

"Pada masa sama, saya menasihatkan orang ramai supaya membantu polis dengan memberi maklumat berkaitan kehadiran individu yang tidak dikenali di kampung mahupun taman perumahan mereka," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 11 JUN 2011

Tiada ulasan: