TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

01 Mei 2012

MB: JANGAN TERPENGARUH DENGAN STRATEGI PEMBANGKANG

Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor 


LEDANG: Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan strategi pembangkang termasuk mengadakan demonstrasi jalanan untuk merampas kuasa pemerintahan di negara ini.
Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata demonstrasi pada 28 April lalu hanyalah bertujuan membangkitkan perasaan marah dan benci kepada kerajaan.
"Pendekatan melampau tersebut adalah strategi pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa walaupun terpaksa mengorbankan negara.
"Pihak tertentu gunakan cara memecah belah masyarakat untuk mendapatkan kuasa pemerintahan . Perpecahan itu dikuatkan lagi dengan menanam perasaan tidak suka dan benci antara satu sama lain," katanya.
Abdul Ghani berkata demikian semasa berucap pada majlis Majlis Perasmian Penutup Karnival
Kayuhan 1Malaysia di dataran Bukit Gambir di sini, hari ini
Katanya lagi, bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman negara terus terjamin, rakyat dinasihatkan terus bersatu padu dan menolak usaha mewujudkan polarisasi antara kaum dan masyarakat yang dilakukan oleh pihak berkenaan.
"Setiap usaha yang mereka lakukan mempunyai niat tertentu termasuklah mewujudkan polarisasi antara kaum supaya wujud sifat saling membenci antara satu sama lain.
"Dengan usaha-usaha ini, mereka beranggapan bahawa impian mereka untuk mentadbir dan memerintah negara akan dicapai," katanya.

SUMBER: KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY, 01 MEI 2012

Tiada ulasan: